LAWATAN:

Utusan Borneo (Sabah) - - Iklaneka -

Rombongan dari Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kalabakan diketuai Timbalan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP), Saharuddin Salleh (kanan) melawat Ladang Kelulut milik Anik Jinuis di Kg. Piniang, Bukit Payung, Telipok pada Jumaat lalu.

Anik adalah antara usahawan yang berjaya mengusahakan ladang kelulut di PPK Inanam. Beliau mempunyai 1,800 sarang kelulut yang dapat mengeluarkan tidak kurang 80 kilogram madu sebulan dan menjana untung kasar bulanan RM12,000 atau untung bersih RM5,000 sebulan.

Kelihatan digambar, peserta lawatan menunjukkan produk madu kelulut di tapak ladang kelulut. Turut bersama adalah Pengurus Besar PPK Kalabakan, Mohd Rapi Mohd Arip (empat dari kiri), anak pemilik ladang kelulut, Alferra Rozanikmah J. Jinuis (tiga kanan) dan Pengurus Besar PPK Inanam, Semiseh Hassan (kiri di tengah) yang mengiringi rombongan dalam lawatan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.