KENANGAN:

Utusan Borneo (Sabah) - - Iklaneka -

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Datuk Yeo Boon Hai (tengah) dan Pengurus Besar Pan-Pasific Construction Holdings Edward Chang (tujuh kiri) merakamkan gambar kenangan bersama para penaja ketika di majlis penutupan sambutan ulang tahun ke-27 Centre Point Sabah di sini, pada Jumaat.

Pusat membeli-belah terkemuka itu mengadakan sambutan ulang tahun dengan mengisi pelbagai acara menarik seperti watak klasik Alice Adventure in Wonderland.

Sambutan yang diadakan selama sebulan itu berlangsung setiap hari dengan pelbagai aktiviti menarik diadakan.

Pada 16 September ini, seramai 1,600 peserta dari seluruh negara dijangka akan mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan oleh e-sport tournament dan Borneo e-Arena yang menawarkan banyak hadiah lumayan.

- Oleh YAP SIONG HAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.