Defoe bantu kemenangan pertama Bournemouth

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan -

LONDON: Penyerang veteran Jermain Defoe menjaringkan gol kemenangan apabila Bournemouth bangkit selepas ketinggalan satu gol untuk menewaskan kelab baharu dalam liga utama, Brighton, 2-1 dan mencatatkan kemenangan pertama mereka pada musim ini dalam Liga Perdana Inggeris kelmarin.

Tandukan Solly March meletakkan Brighton di hadapan pada minit ke-55 tetapi Andrew Surman menyamakan kedudukan 12 minit kemudian. Defoe, 34 tahun, menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-73 untuk mencatatkan gol pertamanya bagi Bournemouth sejak dipinjamkan kepada kelab pantai selatan itu pada Mei 2001.

Bournemouth kekal di tempat kedua tercorot manakala Brighton menduduki tempat ke14 dengan empat mata.

DEFOE menjaringkan gol kemenangan Bournemouth pada minit ke-73.

AKSI menarik Bournemouth menentang Brighton pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.