Program Secangkir Kopi bersama Ruhaini, Dayangku Mastura pada 18 September

Utusan Borneo (Sabah) - - Sastera & Budaya - -Artikel sumbangan MOHD ALMIEY MOHD ALI

PROGRAM SECANGKIR KOPI anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah dengan kerjasama Masjid Bandaraya Kota Kinabalu akan diadakan pada 18 September ini (Isnin), jam 8.30 pagi-11.00 pagi, di Pentas Utama, Festival Hijrah, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Program berbentuk bicara santai ini akan mengetengahkan para penulis di Sabah khususnya bagi yang karyanya baru diterbitkan oleh DBP.

Dua orang penulis diundang untuk berkongsi sekali gus mempromosikan karya terbaharu mereka, iaitu Ruhaini Matdarin dengan tajuk buku Fiksi Buat Marquez dan Helaian Linangkit karya Dayangku Mastura Pg. Ismail.

Program ini diharapkan dapat menjadi wadah untuk mempromosikan karya penulis Sabah yang diterbitkan oleh DBP kepada masyarakat khususnya di Sabah.

Selain itu, kegiatan ini juga diharapkan dapat mempopularkan penulis Sabah dan memartabatkan serta melestarikan sastera kebangsaan.

Orang ramai diundang untuk menghadiri acara ini. Pengunjung yang membeli kedua-dua buah buku penulis ini akan diberikan diskaun istimewa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.