‘Throwback AF’ 12 bintang di pentas AF Megastar malam ini

Utusan Borneo (Sabah) - - Rancangan -

Pada Konsert Homecoming AF Megastar kedua minggu lepas, Bob dan Amir Jahari yang berasal dari Sarawak merupakan antara 12 peserta yang terpilih selain Idayu, Syamel, Adira, Indah, Marsha, Shahir, Amir, Sufi, Azhar dan Ewal.

Senarai peserta akhir yang dipilih berdasarkan kuasa mutlak penjurian 100 peratus juri profesional iaitu juri tetap Dato’ Ramli MS dan Syafinaz Selamat serta juri undangan, Ziana Zain diumumkan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi di penghujung konsert yang disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (135).

Idayu mendahului senarai 12 bintang itu dengan markah tertinggi sebanyak 92% dan diikuti dengan Bob, Marsha dan Syamel, masing-masing dengan 88%. Amir Jahari turut menonjol di tempat yang keempat dengan markah 82%, Indah Ruhaila (78%), Adira (74%), Shahir (72%), Sufi Rashid (64%), Amir (58%), Ewal (52%) dan Azhar (50%). Konsert ketiga bertemakan ‘Throwback AF’ malam ini akan melihat Idayu, Bob, Syamel, Amir Jahari, Adira, Indah, Marsha, Shahir, Amir, Sufi, Azhar dan Ewal diberi cabaran membawakan semula lagu-lagu hits yang pernah dipersembahkan oleh bekas alumni AF ini di musim-musim terdahulu.

Nasib 12 bintang AF Megastar akan diadili berdasarkan sistem pemarkahan 60 peratus oleh juri profesional manakala 40 peratus lagi akan ditentukan berdasarkan undian penonton atau AFUNDI menerusi kiriman sistem pesanan ringkas (SMS) dan secara ‘online’ di laman web rasmi www. afmegastar.com. my. Bintang yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Talian untuk menghantarkan undian mula dibuka sejurus tamat ‘Konsert AF Homecoming’ di pusingan yang kedua dengan cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa. Juara ‘AF Megastar’ bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi sumbangan Astro serta hadiah sampingan lain yang akan diumumkan kemudian. AF Megastar yang diadakan di Royal Theater, Shah Alam bersiaran secara langsung di Astro Ria (104) dan Ria HD (123), setiap hari Ahad, jam 9 malam selain boleh juga ditonton secara langsung di laman http://www. afmegastar.com.my/

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.