Program Negaraku@ Komuniti di Putatan pada 21 Oktober

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

PUTATAN: Masyarakat dijemput hadir ke Program Negaraku@ Komuniti Peringkat Daerah Putatan pada 21 Oktober ini.

Pegawai Daerah Putatan Ag Abd Ghani Pg Yusof berkata, sebanyak tujuh buah Komuniti 1Malaysia sekitar daerah ini bekerjasama menjayakan program itu.

“Pelbagai aktiviti menarik disediakan buat para pengunjung yang akan berlangsung di Padang Sekolah Kebangsaan Petagas bermula dari jam 7 pagi.

“Antaranya, Pertandingan Memasak Makanan Tradisional seperti ambuyat dan ampap sebagai usaha untuk mempromosikan masakan serta makanan tradisional masyarakat tempatan di negeri ini,” katanya.

Selain itu, turut diadakan pameran daripada jabatan dan agensi kerajaan, pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan fesyen kanakkanak, pertandingan nyanyian Bintang K1M Putatan dan pertandingan tarik tali,” katanya.

Beliau selaku pengerusi jawankuasa induk berkata demikian pada Mesyuarat Program Negaraku@ Komuniti Daerah Putatan, petang Rabu.

Katanya, majlis perasmian bakal disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin.

ABD GHANI (duduk, tiga dari kanan) bersama para ahli jawatankuasa induk Program Negaraku@Komuniti Peringkat Daerah Putatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.