Yang di-Pertuan Agong berangkat hari kedua Mesyuarat Majlis Raja-raja

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V pada Khamis menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-247 yang berlangsung untuk hari kedua di Istana Negara di sini.

Seri Paduka diiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mesyuara tituyangbermula semalam dipengerusikan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan dihadiri semua RajaRaja Melayu kecuali Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Johor diwakili Tengku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim, Kelantan diwakili Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Fa-iz Petra manakala Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Pada mesyuarat yang bermula 10 pagi itu, RajaRaja Melayu diiringi menteri besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sarawak, Sabah dan Melaka diiringi oleh ketua-ketua menteri.

JABATAN KETUA MENTERI

KETUA Menteri Tan Sri Musa Haji Aman dan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Haji Juhar Mahiruddin ketika menghadiri Mesyuarat Raja-Raja Ke-247 di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Rabu. - Gambar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.