Malaysia perlu beri penekanan pada R&D untuk menjadi negara maju: TPM

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KUALA LUMPUR: Malaysia perlu memberi penekanan kepada kepentingan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi dalam usaha mencapai status sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata selaras dengan agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50)), sudah tiba masanya inovasi menjadi pelonjak utama untuk memacu Malaysia mencapai sasaran berkenaan seperti negara ekonomi utama dunia lain yang turut memberi tumpuan kepada bidang pengetahuan, inovasi, kemahiran dan kepakaran tinggi.

“Walaupun R&D negara terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar telah meningkat dari 1.26 peratus pada tahun 2014 kepada 1.3 peratus pada tahun 2015, pada hemat saya, ia masih rendah berbanding dengan sesetengah negara maju lain.

“Di samping perbelanjaan R&D yang dibiayai kerajaan, pihak swasta juga perlu berusaha untuk meningkatkan perbelanjaan menyokong aktiviti R&D ini,” katanya semasa berucap merasmikan Ekspo Ekonomi Inovasi dan Kreatif Kebangsaan 2017 (NICE’17) di sini, Khamis. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.