SHEIM anjur Majlis Ilmu untuk kakitangan UMSKAL

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

LABUAN: Sektor Hal Ehwal Islam dan Pengurusan Masjid (SHEIM), UMS Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL) telah menganjurkan Majlis Ilmu di Bilik Seminar Layangan, Aras 11, Bangunan Menara universiti itu, pada Jumaat.

Ceramah bertajuk ‘Fiqh Al Mutahayyirat – Persoalan berkaitan dengan haid dan istihadah disampaikan oleh Pegawai Unit Agama, Pusat Koreksional, Jabatan Penjara Malaysia Labuan, Mohamad Najah Elias.

Majlis yang bermula pukul 9 pagi itu dihadiri pensyarah, pegawai dan kakitangan pelaksana UMS Labuan.

Turut hadir Ketua Sektor SHEIM, Ustaz Mohd Khairul Isham Abd Latiff.

Khairul Isham berharap majlis ilmu akan memberi manfaat kepada semua warga universiti khususnya pensyarah dan kakitangan yang hafir.

“Menerusi majlis ilmu itu, staf yang hadir akan menyampaikan maklumat yang diperolehi kepada ahli keluarga, “katanya.

MOHD Najah (duduk, empat kanan) dan Khairul Isham (duduk, dua kiri) bersama sebahagian kakitangan yang menghadiri Majlis Ilmu di Bilik Seminar Layangan UMS Labuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.