145 kes denggi direkodkan di Lahad Datu sejak Januari

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Bermula sejak awal Januari tahun ini hingga kelmarin sebanyak 145 kes denggi telah direkodkan di daerah ini.

Demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Majlis Daerah Lahad Datu merangkap Pengerusi Panel Klinik Kesihatan, Stanley Chin Yat Min.

Beliau yang dihubungi pemberita semalam berkata, bagi tempoh sama tahun ini juga, jumlah wabak denggi berlaku adalah sebanyak 18 episod wabak dengan melibatkan dua lokaliti kes terakhir iaitu di kawasan Palm Height dan Jalan Pintas Kenangan dengan masingmasing dua kes dilaporkan.

Sehubungan itu, pihaknya bersama agensi-agensi berkaitan akan terus giat menjalankan pelbagai usaha termasuk melakasanakan aktiviti gotong-royong perdana sebagai langkah membanteras demam denggi di daerah ini.

“Kita juga menasihatkan orang ramai di sini agar terus meningkatkan penjagaan kebersihan kawasan persekitaran masing-masing bagi mencegah penularan wabak itu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.