Suspek dicari untuk hadir ke mahkamah

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - - Oleh YUSOP TEPPO

KINABATANGAN: Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kinabatangan sedang mengesan seorang suspek yang dikehendaki untuk hadir perbicaraan kes bunuh pada 9 November jam 9 pagi.

Binjamin Taraji, 45, dikehendaki hadir ke Mahkamah Tinggi Sandakan pada tarikh yang ditetapkan bagi perbicaraan berkaitan kes bunuh mengikut Seksyen 304 (A) Kanun Keseksaan yang berlakupada2Oktober2016di Ladang Kumialang Malbumi, Lokan, Kinabatangan.

Suspek merupakan Pemastautin Tetap dengan alamat terakhir di Perumahan Kumialang Malbumi, No. Rumah H-7, Kinabatangan, manakala alamat asal di Kampung Sim-Sim, Jambatan 6, Sandakan.

Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berkenaan penama boleh berhubung terus dengan ASP Razali Basa di talian 089-561890/019-6217357 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

BINJAMIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.