Suasana seram kembali menyelubungi Imago Mall

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan - Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Misteri hallowen kembali menghantui pengunjung di Imago Mall sepanjang Oktober ini.

Bermula pada 1331 Oktober, pengunjung boleh merasai pengalaman menyeramkan di ‘Taman Permainan’ yang menempatkan rumah berhantu dan ruang permainan khas untuk kanak-kanak pada setiap hari bermula 11 pagi hingga 9.30 malam.

Terdapat dua bahagian pada tahun ini, iaitu rumah berhantu untuk orang dewasa berusia 16 tahun dan ke atas serta ruang permainan untuk remaja dan kanak-kanak bagi mereka yang berusia 15 tahun ke bawah.

Sebelum ini, rumah berhantu bertemakan ‘The Infirmary’ yang berkonsepkan rumah menempatkan pesakit (2015) serta The Reformatory yang berkonsepkan penjara (2016) hanya membenarkan orang dewasa untuk memasuki kawasan rumah berhantu itu.

Namun pada tahun ini, kelainan dilakukan dimana, kanak-kanak turut berpeluang memasuki ruang di Taman Permainan itu bagi menyertai permainan yang disediakan khas buat mereka.

Pemangku Pengurus Pemasaran Syarikat Kapasi Sdn Bhd (anak syarikat Asian Pac Holdings Berhad) Rustam Ahmad berkata, program tahunan yang diadakan pada bulan Oktober ini dilihat berjaya menarik lebih ramai pengunjung untuk datang ke pusat beli-belah itu.

Atas sebab itulah tradisi sambutan hallowen ini diteruskan pada tahun ini dengan menyasarkan kirakira 3,000 hingga 4,000 pengunjung untuk merasai pengalaman mendebarkan dan menyeramkan di Taman Permainan berkenaan.

“Rumah berhantu di Taman Permainan ini menceritakan kisah bagaimana seorang lelaki menarik minat kanakkanak untuk masuk ke dalam rumah berkenaan. Ia bagi membolehkannya meminum darah kanak-kanak yang dibunuh supaya dia boleh kekal muda,” katanya ketika ditemui semasa Lawatan bersama media di Taman Permainan Imago, di sini pada Jumaat.

RUSTAM (berdiri-empat kiri) bersama kakitangan pengurusan Imago Mall semasa pembukaan ‘Taman Permainan’ yang bermula pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.