Lelaki didakwa mengedar dadah diperintah membela diri

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 22 tahun diperintahkan Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, untuk membela diri atas pertuduhan mengedar dadah seberat 749.4gram.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membut keputusan itu terhadap Lim Cheng Yung selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya. “Selepas mempertimbangkan semua bukti daripada pihak pendakwaan dan isu yang dibangkitkan semasa soal balas daripada pihak pembelaan, saya mendapati terdapat kes prima facie,” katanya.

Tertuduh yang diwakili peguam Ram Singh menyatakan akan memberi keterangan bersumpah di dalam kandang saksi.

Lim didakwa melakukan kesalahan terbabit pada 19 Mei tahun lalu jam 2.50 petang di balai ketibaan Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini.

Sekiranya disabitkan mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 boleh dikenakan gantung mandatori.

Enam saksi dipanggil pihak pendakwaan untuk memberi keterangan terhadap tertuduh, yang mula dibicarakan pada 10 Julai tahun lalu.

Pendakwaan berkenaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya Nazir Amir Johari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.