Tentera laut maut, motosikal bertembung dengan lori sawit

Utusan Borneo (Sabah) - - Sarawak -

LIMBANG: Seorang anggota tentera laut terbunuh selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan lori muatan sawit seberat 10 tan dalam kemalangan berhampiran Jambatan Lubai di sini, tengah hari Khamis.

Dalam kemalangan pada jam 12.43 tengah hari itu, mangsa Azman Ayob, 37, berasal dari Melaka turut terputus pergelangan kaki kirinya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Limbang Tawang Lingem berkata, siasatan awal polis mendapati ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah bandar menuju ke Miri dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori berkenaan.

Menurutnya, motosikal ditunggangmangsaterperosok di bawah lori terbabit dan mangsa disahkan maut di lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut untuk menentukan punca sebenar kejadian masih diteruskan,” kata Tawang sambil menambah, sembilan anggota bomba diketuai beliau sendiri bergegas ke lokasi kemalangan.

KesdisiasatdibawahSeksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

LORI yang terlibat dalam kemalangan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.