Kes rogol remaja, seorang lagi suspek menyerah diri

Utusan Borneo (Sabah) - - Sarawak -

LAWAS: Seorang lagi suspek menyerah diri di Balai Polis Lawas tengah hari Khamis bagi membantu siasatan kes rogol membabitkan seorang remaja berusia 14 tahun sejak April lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata suspek berusia 29 tahun itu menyerah diri jam 12.10 tengah hari.

Beliau berkata, suspek akan dihadapkan ke mahkamah hari ini bagi tujuan permohonan reman.

Dua lagi suspek wanita yang telah ditangkap sebelum ini, iaitu ibu mangsa dan pemilik karaoke, akan dituduh hari ini (Jumaat) jam 9 pagi di Pejabat Daerah Lawas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lawas DSP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, hasil soal siasat awal suspek mengaku ada pergi ke sebuah pusat hiburan sebelum ini namun tidak mengingati tarikhnya.

“Suspek tidak mengaku ada membawa mangsa keluar dari pusat hiburan tersebut.

“Suspek juga mengatakan dia amat mabuk dan tak ingat apa-apa. Setelah bangun pada waktu pagi suspek baharu sedar dia sudah ada di rumahnya di Kampung Tang Sango Trusan,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan Seksyen 43 (1) (a) dan (d) Akta Kanak-Kanak 2001.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.