Tangani tuntutan Laut China Selatan secara aman

Tuntutan harus selaras prinsip undang-undang antarabangsa terutama ditetapkan UNCLOS 1982

Utusan Borneo (Sabah) - - Sarawak -

KOTA SAMARAHAN: Isu tuntutan bertindih ke atas Laut China Selatan mesti ditangani secara aman dan selaras dengan prinsipprinsip undang-undang antarabangsa yang relevan terutama yang ditetapkan dalam ‘United Nations Convention on the Law of the Sea’ (UNCLOS) 1982.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata ini kerana Malaysia percaya isu-isu berkaitan Laut China Selatan kompleks, pelbagai dan sangat sensitif.

Beliau berkata Brunei Darussalam, Filipina, Vietnam dan Republik Rakyat China (China) menuntut kawasan-kawasan maritim dan ciri-ciri Laut China Selatan yang bertindih dengan tuntutan Malaysia di luar pantai Sabah dan Sarawak.

“Laut China Selatan penting untuk rantau ini dan kawasan seterusnya. Laluan lautannya kritikal untuk perdagangan antarabangsa tetapi terdapat beberapa kawasannya yang menghadapi tuntutan bertindih dan Malaysia salah satu pihak yang menuntut.

“Sebarang pembangunan yang berpotensi dapat melemahkan keamanan, keselamatan dan kestabilan, seterusnya menimbulkan kebimbangan.

“Ini secara semula jadi akan menarik perhatian luas. Justeru ia perlu ditangani dengan aman dan secara proaktif, positif serta konstruktif,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah bertajuk ‘Isu-Isu danCabaran-CabaranDalam Mengurus Hubungan Luar Malaysia’ di Arena Gemilang DeTar Putra Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di sini pada Khamis.

Ceramah itu dihadiri kirakira 1,500 peserta terdiri daripada penuntut dan staf Unimas dan orang ramai.

Anifah menambah, isu Laut China Selatan juga mendapat perhatian dunia menyebabkan ia tidak boleh ditangani tanpa mengambil kira pelbagai aspek.

Menjelas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata China menuntut beberapa kawasan Laut China Selatan dikenali ‘nine-dash line’ termasuk hampir kesemua kawasan maritim Malaysia di luar pantai Sabah dan Sarawak.

Malaysia katanya, tidak mengiktiraf tuntutan China seperti digariskan dalam ‘nine-dash line’ kerana ia tidak selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuk UNCLOS 1982.

“Malaysia sekali lagi menegaskan pentingnya menjaga keamanan, kestabilan, keselamatan dan kebebasan navigasi di kawasan Luat China Selatan.

“Malaysia juga menekankan perlunya semua pihak memastikan pelaksanaansepenuhnyadan efektif ‘Declaration on the Conduct of Parties’ (DOC) di Laut China Selatan dan ‘Code Of Conduct (COC) di Laut China Selatan,” jelasnya.

Hadir sama Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Dasar dan Penyelarasan Kementerian Luar Duta Bala Chandran Tharman, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Maritim Kementerian Luar Dr Azfar Mohamad Mustafar, Naib Canselor Unimas Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi dan Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial Unimas Dr Arnold Poyuk.

“Laut China Selatan penting untuk rantau ini dan kawasan seterusnya. Laluan lautannya kritikal untuk perdagangan antarabangsa tetapi terdapat beberapa kawasannya yang menghadapi tuntutan bertindih dan Malaysia salah satu pihak ” yang menuntut. DATUK SERI ANIFAH AMAN Menteri Luar

ANIFAH (enam kanan) dan Mohamad Kadim (tujuh kanan) merakam kenangan bersama tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.