Jalinan muhibah antara dua jiran

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan -

KOTA MARUDU: Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Anita Baranting menasihatkan kepada rakyat di daerah ini agar mengambil berat tentang arahan pengambilan pemakanan sihat demi kesihatan tubuh badan sendiri.

Katanya, arahan melalui seminar pemakanan sihat yang dianjurkan oleh Majlis Penasihat Wanita Sabah merupakan agenda yang amat perlu untuk kita perturunkan kepada ahli keluarga betapa pentingnya mengamalkan budaya hidup sihat melalui pemakanan, riadah dan sebagainya.

Katanya, pemakanan yang seimbang dan teratur penting untuk memastikan kesihatan yang optima dan seterusnya dapat menjalankan kewajipan kita sebagai suami, isteri, ibu atau bapa, pekerja, majikan dan ahli masyarakat yang lain.

Menurutnya, individu yang sihat sejahtera dapat menyumbang khidmat bakti kepada keluarga dan masyarakat serta negeri dan negara.

Anita yang juga Adun Tandek berkata, kemajuan sosio-ekonomi yang pesat dan peningkatan penghijrahan penduduk dari desa ke bandar atau kota semenjak negara merdeka telah membawa perubahan cara hidup rakyat di negara ini.

Tambahnya, antara perubahan yang dapat dilihat ialah amalan pemakanan dan pemilihan makanan yang memberi kesan ke atas kesihatan dan corak penyakit di kalangan penduduk.

Justeru itu, pemakanan yangbaikmenjadiasaskepada kesihatan dan penduduk di negeri ini mestilah diberi kemudahan untuk mendapatkan makanan yang mencukupi, berzat, selamat dan berkualiti.

Sehubungan itu, bagi mencapai tujuan ini usaha terkini mestilah dirangka dan strategi yang sedia ada diperkukuh ke arah pencapaian kesihatan pemakanan penduduk yang optimum.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan Seminar Pemakanan Sihat anjuran Majlis Penasihat Wanita Sabah dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Pejabat Kesihatan Daerah Kota Marudu di Dewan Komuniti, dekat sini baru-baru ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Pemimpin Pembangunan Masyarakat DUN Tandek Jelius Radani.

PARA peserta turut menyertai larian 10,000 langkah sebelum memulakan seminar itu.

ARNOLD mengabadikan gambar kenangan bersama sebahagian para peserta di akhir seminar itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.