Airel Huzairy sertai Kejohanan Taekwondo Reja Kebangsaan

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan - Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

LAHAD DATU: Atlet Taekwondo Kadet Kebangsaan kelahiran Sabah Airel Huzairy Hashim beraksi untuk Kejohanan Taekwondo 8th TM-NSC-Milo National Jonior Championship 2017, bertempat di Dewan Badminton Cheras yang berlangsung sejak 12-16 Oktober.

Airel sebelum ini pernah memenangi emas Kejohanan Grand Final Liga Taekwondo Kebangsaan, Jemputan Taekwondo Antarabangsa ICTO KL2017, pada 7-11 September dan yang terbaru Kejohanan Taekwondo Jemputan 2nd MBV Taekwondo Championship 2017 di Dewan Putatan.

Airel Huzairy, pelajar SMK Terusan Lahad Datu bersama rakan dari kelabnya Borneo Tigers Taekwondo untuk membawa cabaran negeri Sabah iaitu adik Zikry Adhan Zalik, Sherly Jessica Slyvestar dan Andrea Lonsiong Ronny, pelajar SMK Silabukan dalam kategori 12-14 tahun.

Airel berusaha membawa pingat untuk negeri Sabah dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Persatuan Taekwondo Negeri Sabah kerana membiayai dan memberi peluang kepadanya untuk beraksi dalam kejohanan ini.

Dalam kejohanan yang sama tahun lalu, Airel hanya berjaya membawa pulang pingat perak dan berharap dapat membaiki keputusan pencapaiannya untuk tahun ini.

AIREL (kanan) dalam salah satu aksinya.

AIREL bersama rakan dari Borneo Tigers Taekwondo Lahad Datu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.