Bola sepak UMS buka penyertaan

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan - Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pasukan dipelawa menyertai Kejohanan Bola Sepak Sembilan Sebelah anjuran Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 18-19 November.

Pengarah Pusat Sukan UMS Mohd Asyraaf Fong Abdullah (gambar) ketika ditemui di sini pada Jumaat berkata, penyertaan adalah terbuka kepada mana-mana pasukan negeri ini.

“Kejohanan ini adalah salah satu pengisian sempena dengan Konvokesyen UMS tahun ini (2017).

“Terdapat juga Pesta Tamu Gadang Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS dengan pelbagai aktiviti, pameran dan gerai jualan,” kata Asyraaf sambil mengalu-alukan penyertaan pada kejohanan dan kehadiran orang ramai datang pada Pesta Tamu Gadang itu.

Kejohanan itu akan menggunakan format pertandingan `Winner Pool’ (Kumpulan Menang) dan ‘Loser Pool’ (Kumpulan Kalah).

Asyraaf berkata, pertandingan akan dijalankan di padang biasa dan padang rumput tiruan bagi memberi peluang kepada pasukan merasai dan orang ramai melihat sendiri kemudahan sukan yang ada di UMS.

Kejohanan itu juga menawarkan hadiah lumayan termasuk wang tunai keseluruhan kira-kira RM10,000 di samping piala dan medal.

“Sehubungan dengan itu saya mengalu-alukan penyertaan pasukan pada kejohanan ini. Yuran penyertaan hanya RM280.

“Tarikh tutup penyertaan adalah pada 16 November manakala mesyuarat pengurus pasukan pada 17 November,” katanya.

Untukketeranganlanjutdan urusan penyertaan kejohanan, diminta menghubungi Syairah Asilah(017-3361901),Ramlan Rashid (014-8926342) atau Azman Soaibah (0168207479).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.