Heynckes kembali terajui Bayern

Tugas pertama berdepan Freiburg malam ini

Utusan Borneo (Sabah) - - Sukan -

BERLIN: Bayern Munich akan bermain untuk perlawanan pertama mereka di bawah jurulatih yang kembali semula ke kelab itu, Jupp Heynckes, apabila mereka menerima kunjungan Freiburg pada malam ini.

Pengurus berusia 72 tahun itu, yang memenangi kejuaraan ‘treble’ bersama kelab itu pada 2013, ditugaskan untuk menghidupkan semula musim Bayern yang tersentak-sentak selepas pengurus lama, Carlo Ancelotti, dipecat dua minggu lalu.

Bayern berada lima mata di belakang pendahulu Borussia Dortmund dalam carta Bundesliga, dan memenangi hanya dua sahaja daripada lima perlawanan terakhir mereka dalam liga.

Perlawanan pada malam ini menentang Freiburg mesti dimenangi juara bertahan itu, dalam usaha mereka untuk bermula baharu di bawah Heynckes.

Sementara itu Dortmund berdepan dengan perlawanan empat teratas menentang RB Leipzig ketika mereka cuba mengukuhkan kedudukan mereka di bahagian atas liga.

Heynckes memulakan pembabitannya yang keempat sebagai pengurus di Bayern Munich pada malam ini, tetapi sudah memberi amaran bahawa masalah mereka mungkin tidak akan diselesaikan dalam sekelip mata.

“Saya sudah menganalisa keadaan pasukan sekarang,” kata Heynckes ketika dia diperkenalkan pada awal minggu ini. “Ia adalah situasi yang sukar.”

Bayern masih bermain tanpa penjaga gol pilihan utama, Manuel Neuer, dan Franck Ribery juga tidak dapat beraksi selepas dia mengalami kecederaan lutut ketika menentang Hertha Berlin.

Walau bagaimanapun, rekod Bayern dalam perlawanan menentang pasukan lawan pada malam ini adalah sebab bagi rasa optimis. Mereka tidak pernah tewas kepada Freiburg

di stadium sendiri, dan memenangi kesemua 13 perlawanan terakhir menentang mereka di tempat sendiri.

Pendahulu liga Borussia Dortmund pasti mahu melanjutkan siri tanpa kalah mereka apabila mereka menerima kunjungan RB Leipzig pada malam ini.

Dortmund belum lagi tewas dalam liga pada musim ini, dan sudah meletakkan diri sebagai pasukan untuk ditewaskan dalam perebutan kejuaraan.

Bagaimanapun, pasukan Peter Bosz ada masalah pertahanan, kerana Raphael Guerreiro, Marcel Schmelzer, Erik Durm dan Lukasz Piszczek semua cedera.

Bagi Leipzig di tempat keempat, perlawanan itu adalah peluang untuk memberikan cabaran REUTERS dalam perebutan kejuaraan. Kemenangan akan membolehkan mereka untuk mengurangkan jurang dengan Dortmund kepada hanya tiga mata sahaja.

Mereka mungkin bermain tanpa penyerang bintang, Timo Werner, yang menghadapi masalah peredaran darah sejak beberapa minggu lalu.

Hoffenheim berharap untuk bangkit daripada dua kekalahan berturut-turut apabila mereka menerima kunjungan Augsburg, yang juga cemerlang, pada malam ini.

Di tempat ketiga dalam liga dan jumlah mata yang sama dengan Bayern Munich, pasukan Julian Nagelsmann mengalami masalah besar dengan dua kekalahan kepada Ludogorets Razgrad dan Freiburg sebelum cuti antarabangsa.

“Kekalahan kepada Freiburg belum menyebabkan kami tergelincir,” kata pemain tengah Lukas Rupp kepada majalah Kicker.

“Kami perlu terus membuat apa yang kami lakukan dalam liga.”

Calon penyingkiran,

Hamburg, mengalami kemarau gol yang melumpuhkan menjelang lawatan mereka ke Mainz pada malam ini.

Dengan Nicolai Mueller, Filip Kostic dan Andre Hahn, semua penyerang yang tidak dapat bermain, Hamburg gagal menjaringkan gol dalam lima perlawanan terakhir mereka dalam Bundesliga.

Terkandas di tempat ke16, Hamburg pasti mahu memecah kebuntuan itu dalam perlawanan menentang Mainz, yang sudah dibolosi 11 gol pada musim ini. – AFP

DARI kiri, CEO Bayern Munich Karl-Heinz Rumenigge, jurulatih baharu Bayern Munich Jupp Heynckes, presiden kelab Uli Hoeness dan pengarah sukan Hasan Salihamidzic bergambar selepas sidang media di Allianz Arena. Gambar

- Gambar AFP

HEYNCKES meluangkan masa untuk brswafoto bersama seorang penyokong Bayern Munich.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.