Mutu teater Sarawak pada tahap membanggakan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KUCHING: Mutu persembahan teater di Sarawak yang kini boleh dibanggakan wajar diangkat lebih tinggi tahapnya, sesuai dengan peningkatan minat generasi baharu terhadap cabang seni ini.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berkata usaha mengangkat mutu teater merupakan cabaran kepada para penggiatnya.

Ia mencakupi mutu lakonan, skrip dan prop.

“Kita semua mahu tahap pementasan teater diangkat agar lebih tinggi walaupun sekarang ia berada di tahap yang membanggakan.

“Saya cabar kumpulankumpulan teater untuk menyampaikan persembahan lebih baik pada masa akan datang,” katanya pada penyampaian sumbangan kewangan kepada kumpulankumpulan teater di sini, malam Rabu.

Pada majlis santai itu, beliau menyampaikan sumbangan kepada tujuh kumpulan teater - Persatuan Seni Persembahan Sifar, Persatuan Penggiat Filem Sarawak, Pertubuhan Teater Sanggar Kreatif, Anak Seni Sidma Sarawak, Grup Teater Asilah, Grup Teater Berkaul dan Grup Teater Saoh.

Sumbangan itu adalah untuk membantu membiayai aktiviti kumpulan-kumpulan teater itu.

Abdullah berkata lagi, beliau menyedari tanggungjawab Majlis Seni Sarawak (MSS) dalam meningkatkan mutu teater juga amat besar.

Justeru, Ketua Pegawai Eksekutif MSS Sharkawi Amit berkata pihaknya diberi peranan membangunkan pelbagai aktiviti kesenian termasuk teater.

Beliau yang baharu memegang jawatan itu pada 2 Oktober ini berkata aktiviti kesenian di Sarawak pada masa ini memang aktif tetapi ia akan ditingkatkan lagi.

Aktiviti kesenian wajar dibangunkan ke tahap lebih tinggi kerana menurutnya ia mampu membentuk disiplin dalam masyarakat.

“Jika kita menggalakkan aktiviti kesenian di kalangan masyarakat maksudnya kita telah membina budaya yang penuh disiplin.

“Kesenian sebenarnya mencerminkan sesebuah masyarakat - sama ada cara kita bercakap atau dalam tindakan,” katanya yang turut hadir pada majlis itu.

Menurutnya, bagi merancakkan aktiviti kesenian, beliau merancang untuk mengadakan aktiviti bulanan dan tahunan di seluruh Sarawak.

“Kita mahu tidak ada pihak yang ketinggalan dalam menikmati apa jua aktiviti kesenian, malah orang luar akan melihat Sarawak sebagai pusat perkembangan seni,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Sarawak Yufazli Yusof berkata pihaknya mempunyai perancangan tertentu dalam mengembangkan teater.

Menurutnya, menerusi perancangan itu kini perkembangan teater di Sarawak amat memberangsangkan.

Perkembangan itu dapat dilihat daripada peningkatan jumlah belia menyertainya dan juga bertambah bilangan penonton.

Jabatan itu juga merancang meluaskan aktiviti persembahan teater di kawasan selain Kuching dan Samarahan.

“Teater merupakan satu medium bagi generasi muda menonjolkan bakat dan kemahiran. Harapan kami amat besar untuk menyemarakkan lagi mutu seni di Sarawak,” jelasnya.

Bagi Presiden Persatuan Penggiat Seni Malaysia, Kuching Mazuki Tambi pihaknya bercadang mendapatkan pensijilan daripada Kementerian Sumber Manusia khusus untuk bidang teater.

Katanya, pensijilan itu dapat membantu anak muda yang tercicir persekolahan atau gagal peperiksaan tetapi memilik bakat dan keinginan untuk lebih berkembang dalam bidang tersebut.

Malah apabila memiliki sijil, mereka akan berpeluang melanjutkan pengajian ke peringkat diploma atau lebih tinggi.

“Untuk teater kalau boleh ada pensijilan. Persatuan melihatsenisebagaicarauntuk menjana pendapatan dan meneruskan kelangsungan hidup bukan sekadar untuk tontonan dan selepas itu habis di situ,” katanya.

ABDULLAH dan Sharkawi bersama para pengamal teater pada penyampaian sumbangan kepada tujuh kumpulan teater.

YUFAZLI

SHARKAWI

MAZUKI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.