MTUC kecewa kakitangan Mas diberhenti tidak dapat pembelaan

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KUCHING: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) kecewa dengan Menteri Sumber Manusia kerana tidak merujuk kes 3,600 kakitangan Malaysia Airlines (Mas) yang diberhentikan pada 2015 ke Mahkamah Industri.

Setiausaha MTUC Bahagian Sarawak Andrew Lo dalam kenyataan semalam berkata dalam dua kes yang dikendalikan oleh MTUC Sarawak, kementerian ketika ini mendakwa pengarah sebuah syarikat di Kuching yang gagal mematuhi penghakiman Mahkamah Industri untuk membayar pampasan kepada bekas pekerja.

“MTUC percaya kes Mas sepatutnya dirujuk kepada Mahkamah Industrikeranapersoalan undang-undang tidak hanya ditangani melalui mahkamah.

“Malah jika Mas tidak lagi wujud, Mahkamah Industri mempunyai kuasa untuk menyertai mana-mana pihak lain yang berkaitan untuk menjadikannya berkesan dan boleh dikuatkuasakan,” katanya.

Tambah Lo, persoalan sama ada pemberhentian dibenarkan atau tidak adalah lebih baik diserahkan kepada mahkamah selepas pendengaran semua fakta.

“I n i memperkukuhkan lagi gesaan MTUC bahawa mereka seharusnya dirujuk terus sebagai kes pemecatankeMahkamah Industri dan bukannya mengikut budi bicara menteri.

“Ini menyumbang kepada kelewatan seperti yang berlaku dalam kes ini di mana ia mengambil masa lebih setahun untuk beliau memutuskan untuk tidak merujuk kes ini,” kata Lo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.