Ganding bahu tangani gejala sosial

Program ‘Santunan Kasih’ inisiatif murni pihak penganjur

Utusan Borneo (Sabah) - - Rencana - Oleh JAINUDIN NASIR beramah mesra dengan petugas di gerai pameran Amanita IPD Ranau.

PROGRAM ‘Santunan Kasih’ yang dianjurkan barubaru ini, beri kesedaran dan mengajak semua pihak agar berganding bahu menangani gejala sosial seperti lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) dan sumbang mahram melanda masyarakat hari ini.

Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Siringan Gubat, ketika berucap merasmikan program itu menyifatkannya sebagai satu inisiatif murni pihak penganjur dalam memberi kesedaran kepada umum tentang isu-isu gejala sosial negatif yang jika tidak ditangani boleh merosakan keutuhan instiitusi keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

Program yang berlangsung di Dewan Kompleks Sukan Ranau berkenaan adalah anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) dengan kerjasama Pejabat Daerah Ranau.

Dalam pada itu Siringan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paginatan berkata, LGBT, sumbang mahram, pergaulan bebas seksual dan jenayah siber amat berkait rapat dengan budaya kehidupan golongan remaja dan muda-mudi.

Sehubungan itu katanya, ibu bapa, pendidik di peringkat sekolah serta semua agensi kerajaan punya peranan dan tanggungjawab menanganinya daripada terus menular.

“Pada tahun 2012, kita dikejutkan dengan perjuangan kebangkitan kumpulan profesional seperti peguam dan gabungan 54 badan bukan kerajaan (Comango) yang telah mengemukakan tuntutan kepada Kerajaan Malaysia supaya golongan LGBT diberi pengiktirafan dan kebebasan hak asasi kemanusiaan tanpa sekatan perundangan.

“Gabungan ahli Comango bersuara menegakkan kebenaran dan keadilan bagi para pelaku LGBT.

“Pendek kata, peruntukan undang-undang yang sedia ada tidak bersifat mencegah kesalahan perlakuan LGBT.

“Malahan pelakunya yang telah disabitkan bersalah berdasarkan Enekman Kesalahan Jenayah Syariah, berani mencabar kesahihan keputusan Mahkamah Syariah Negeri lalu mengemukakan rayuan keputusan di Mahkamah Tinggi Persekutuan kerana larangan terhadap lelaki yang berpakaian seperti wanita dianggap telah melanggar kebebasan hak asasi di bawah Perlembagan Persekutuan.

Namun katanya, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan tersebut dan menegaskan sabitan bersalah yang diputuskan oleh Mahkamah Syariah Negeri,” jelas Siringan.

Menurutnya, ketegasan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam menolak rayuan pelaku LGBT berkenaan merupakan penghormatan selayaknya terhadap Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara.

“Jenayah seksual sumbang mahram pula, mencemarkan nasib keturunan keluarga di samping menggugat keharmonian, kesejahteraan dan keselamatan institusi kekeluargaan masa kini.

“Kelangsungan hidup keluarga berasaskan konsep ‘Rumahku Syurgaku’ semakin terhakis dan punah-ranah akibat gejalagejala keji ‘Haruan Makan Anak’ dalam setengah kes.

Katanya, tambah menyayat hati bagi si mangsa yang terpaksa menelan derita sendirian akibat pendirian si ibu yang lebih rela mempertahankan reputasi keluarga, lantas membiarkan mangsa sumbang mahram tanpa diberi pembelaan sewajarnya,” tegas Siringan.

Menurut Siringan lagi, hubungan seksual secara bebas dalam kalangan remaja sudah sampai ke tahap di luar kawalan.

“Ramai gadis atau wanita terjebak dengan pengguguran kandungan secara haram, pembuangan bayi merata-rata tanpa

“Berdasarkan Persidangan Dewan Rakyat pada bulan Mac 2016, antara punca anak remaja lari keluar rumah ialah kerana mahukan kebebasan, pengaruh rakan sebaya, ikut teman lelaki dan salah faham dengan keluarga. Mereka dahagakan kasih sayang dan perhatian, selain runtuhnya nilai-nilai agama serta ” akhlak mulia. DATUK SIRINGAN GUBAT Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

perikemanusiaan serta melahirkan bayi tidak sah taraf.

Beliau berkata, antara faktor mudah berlaku fenomena itu adalah, ugutan oleh pelaku, stigma sosial yang memandang serong terhadap mangsa dan kejahilan undang-undang,

“Berdasarkan Persidangan Dewan Rakyat pada bulan Mac 2016, antara punca anak remaja lari keluar rumah ialah kerana mahukan kebebasan, pengaruh rakan sebaya, ikut teman lelaki dan salah faham dengan keluarga.

“Mereka dahagakan kasih sayang dan perhatian, selain runtuhnya nilai-nilai agama serta akhlak mulia,”katanya.

Katanya, programprogram seperti inilah boleh mengurangkan gejala budaya negatif dan antara usaha terbaik yang amat digalakkan kerajaan bagi memupuk budaya hidup bertunjangkan iman yang teguh.

“Akhlak yang mulia dan jiwa yang suci dapat merealisasikan Wawasan 2020 negara Malaysia ke arah pembentukan masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, mengenepikan amalan hidup secara individualistik dan materialistik,” tambah Siringan.

SIRINGAN

PELAJAR SMK Kundasang diiringi seorang guru yang turut menghadiri program Santunan Kasih tersebut.

PARA peserta merakam gambar kenangan bersama Siringan dan Dr Lungkiam serta para jemputan yang lain.

DR Lungkiam (dua kanan) merakamkan gambar kenangan bersama Siringan dan rombongannya.

DR Lungkiam turut mengemukan pertanyaan kepada ahli panel.

PELAJAR SMK Agama Mohamad Ali Ranau yang menghadiri program itu.

DR Lungkiam menyampaikan cenderamata kepada Siringan.

BARISAN ahli panel mengendalikan sesi dialog.

PETUGAS pameran AADK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.