SpaceX berjaya mendaratkan roket kitar semula

Utusan Borneo (Sabah) - - Global -

MIAMI, Florida: SpaceX pada Rabu lepas melancarkan sebuah roket yang sudah terbang ke angkasa lepas dan mendaratkannya dengan berjaya di atas sebuah pelantar lautan, sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengitar semula komponen roket yang mahal.

Pada petang musim luruh yang jelas pada jam 6.53 petang (waktu tempatan), roket Falcon 9 yang tinggi dan putih berlepas dari Cape Canaveral, Florida dengan membawa satelit Echostar 105/SES-11.

“Cuaca yang tidak mungkin lebih sempurna untuk pelancaran,” kata seorang pengulas dalam webcast secara langsung SpaceX.

Satelit itu menyediakan liputan televisyen dan keupayaan komunikasi ke Amerika Utara, Hawaii, Mexico dan rantau Caribbean.

Ia merupakan sebuah satelit ‘dwi-misi’ untuk operator yang berpangkalan di Amerika Syarikat EchoStar dan operasi di Luxembourg SES.

Kira-kira 10 minit selepas pelancaran, bahagian tinggi roket itu, yang dikenali sebagai peringkat pertama, kembali ke Bumi untuk pendaratan menegak yang dikawal ke atas sebuah kapal dron dipanggil ‘Of Course I Still Love You’, yang ditugaskan di Lautan Atlantik.

Roket Falcon 9 itu “kini berdiri di atas dek”, kata pengulas SpaceX berkenaan, manakala imej video menunjukkan roket yang berasap itu diletakkan dengan selamat di atas pelantar.

“Satu lagi pendaratan yang berjaya bagi peringkat pertama Falcon 9,” ujarnya.

“Ini adalah pendaratan ke-18 kami yang berjaya.”

Peringkat pertama Falcon 9 yang dilancarkan Rabu lepas pernah terbang untuk misi kargo ke Stesen Angkasa Antarabangsa pada Februari lalu.

SpaceX menerbangkan sebuah komponen roket yang dikitar semula buat pertama kali pada Mac tahun ini.

Pelancaran Rabu lepas merupakan “misi ketiga yang berjaya dengan roket kelas orbit yang dibuktikan oleh penerbangan”, kata SpaceX dalam Twitter.

Usaha itu merupakan sebahagian daripada visi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Elon Musk yang lebih umum untuk menjadikan penerbangan angkasa lebih berpatutan dan membolehkan perjalanan roket yang lebih mudah, lebih ekonomi, baik dari kota ke kota di Bumi mahupun ke angkasa lepas nanti. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.