6 rakyat Tartar ditahan di Crimea disyaki ada kaitan keganasan

Utusan Borneo (Sabah) - - Global -

SIMFEROPOL: Enam rakyat Tartar kelmarin ditempat-kan dalam tahanan kerana disyaki mempunyai kaitan keganasan di Crimea, semenanjung Ukraine yang ditakluki oleh Moscow pada 2014, menurut peguamnya.

Suspek termasuk Marlen Assanov, pemilik restoran terkenal, yang dituduh “membentuk sebuah orga-nisasi pengganas”, Edem Smedliayev memberitahu AFP.

Dia berdepan dengan hukuman penjara selama 20 tahun, sekiranya disabitkan. Lima orang lagi mendapat sehingga 10 tahun.

Kebanyakan rakyat Tartar – puak minoriti etnik Islam di Crimea – secara umumnya membantah penaklukan oleh Rusia.

Smedliayev berkata kesemua lelaki itu ditahan pada Rabu lepas di Bakhchysaray. Mereka telah dibawa ke mahkamah kelmarin dalam keadaan tangan bergari dan beg menutupi kepala mereka.

Agensi perisikan FSB di Rusia berkata ia berjaya membubarkan cabang sebuah kumpulan Islamis bernama Hizb ul-Tahrir di pekan itu dan melancarkan siasatan terhadap enam orang.

Pasukan tentera Rusia telah mengambil tindakan keras terhadap penduduk Tartar di Crimea dan menahan beberapa orang atas tuduhan “keganasan.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.