Wong sambut hari jadi ke-21 di mahkamah

Aktivis itu berdepan lebih banyak dakwaan berkaitan bantahan prodemokrasi Hong Kong

Utusan Borneo (Sabah) - - Global -

HONG KONG: Aktivis Hong Kong yang dipenjarakan Joshua Wongakanmenyambut hari jadi ke-21 di mahkamah semalam bagi berdepan dengan lebih banyak dakwaan mengenai peranannya dalam bantahanprodemokrasiketika ibu bapanya menyatakan mereka sentiasa memihak kepadanya.

Wong dan dua pemimpin pelajar lagi telah dipenjara-kan pada Ogos selama enam hingga lapan bulan bagi pe-ranan mereka dalam bantahan yang sama yang mencetuskan tunjuk perasaan Pergerakan Payung selama beberapa bulan dan sekatan jalan raya pada 2014, pensabitan yang dikatakan oleh kumpulan hak asasi sebagai bermotifkan politik.

Bapanya Roger Wong berkata beliau terkejut dengan tempoh penjara dan dikejutkan lagi dengan reaksi daripada komuniti perundangan di Hong Kong, dengan dua organisasi yang sangat berkuasa telah mengeluarkan kenyataan mempertahankan sistem perundangan dan hakim-hakim.

“Golonganelitdalamundangundang telah meng-ucapkan tahniah kepada satu sama lain. Saya mendapati ia sebagai sesuatu yang menjengkelkan,” tegas Wong.

“Saya memikirkan kenyataan akan muncul dengan analisis perundangan yang komprehensif, namun tiada satupun...hanya alasan sahaja,” tambah beliau.

Wong, seorang pesara juruteknik IT, dan isterinya telah melawat anak lelaki mereka di dalam penjara, dan menyatakan beliau sedang memberikan satu wajah yang berani.

“Sekiranya saya berada di dalam kedudukannya, di depan ibu bapa saya, saya akan menyatakan perkara yang positif juga dan tidak mahu mereka berasa bimbang,” kata Wong, 53, bercakap kepada AFP di apartmen keluarga mereka yang sederhana mempunyai gambar-gambar, buku-buku dan rujukan kitab Injil.

“Saya memikirkan kesakitan yang paling besar bagi beliau adalah tidak mampu untuk melayari Internet,” jelasnya.

Tidak seperti kebanyakan ibu bapa kelas pertenghanan di Hong Kong yang obses kepada pendidikan, Wong berkata beliau seorang yang berfikiran terbuka mengenai pengajian dan laluan masa depan anak lelakinya – mereka sering mengetahui beliau sebagai berfikiran secara politik.

Ketika beliau masih kecil, “beliau akan mempunyai botol di dalam mulutnya namun masih teruk bercakap. Sudah pastinya, kami tidak mengetahui apa yang beliau katakan...Namun beliau sangat suka menyuarakan pendapatnya,” menurut Wong.

“Rekod akademik beliau mungkin tidak cukup baik untuk pengajian di Oxford atau Cambridge, namun mereka telah menjemput beliau sebagai seorang penceramah – ia hanya satu peranan yang berlainan,” katanya.

Roger Wong telah menjadi aktif baru-baru ini dalam kempen anti-LGBT beliau yang merupakan satu sebab bagi ketegangan dalam keluarga ketika parti politik anak lelakinya Demosisto menyokong membenarkan perkahwinan sama jantina dari segi undang-undang.

Namun beliau menyatakan beliau akan masih terus menyokong karier politik anak lelakinya sekiranya beliau turut bertanding bagi jawatan. Tempoh hukuman penjara Wong sekarang melarang beliau bertanding bagi tempoh lima tahun akan datang.

Ketika Beijing dan pihak berkuasa tempatan memperketatkan aktiviti politik di bandar separa autonomi, Wong menyatakan beliau tidak berasa bimbang mengenai laluan sukar yang dipilih oleh anak lelakinya – beliau hanya ingin anaknya itu terus tabah.

“Saya berharap beliau akan mengekalkan hatinya yang tidak bersalah untuk melakukan apa yang betul, dan sentiasa gembira,” kata Wong. — AFP

Wong dan dua pemimpin pelajar lagi telah dipenjara-kan pada Ogos selama enam hingga lapan bulan bagi pe-ranan mereka dalam bantahan yang sama yang mencetuskan tunjuk perasaan Pergerakan Payung selama beberapa bulan dan sekatan jalan raya pada 2014, pensabitan yang dikatakan oleh kumpulan politik.” hak asasi sebagai bermotifkan

ROGER Wong memegang buku yang diberinya kepada anaknya berjudul “People Will Not Forget”, satu susunan karangan ditulis oleh beberapa wartawan selepas kembali dari membuat liputan mengenai tindakan di Dataran Tiananmen di Beijing pada 1989, ketika temu bual bersama wartawan AFP di kediamannya di Hong Kong, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.