Pewaris DHL Express berdepan tuduhan dadah baharu di Palau

Utusan Borneo (Sabah) - - Global -

KOROR: Seorang pewaris kepada empayar DHL Express ditangkap sekali lagi di Palau bagi penglibatan dalam pengedaran dadah, menurut pihak berkuasa di negara kepulauan Pasifik tersebut semalam.

Larry Hillbroom Jr., seorangjutawanyangmemiliki pasport Amerika Syarikat (AS) dan Palau, ditangkap pada Selasa lepas kerana disyaki menjual metamfetamin, kata Menteri Kehakiman Raynold Oilouch.

Menurut dokumen mahkamah, Hillbroom didakwa dengan dua tuduhan menyeludup sejenis bahan terkawal, satu kesalahan yang boleh membawa hukuman penjara selama 25-50 tahun di Palau.

Dia sedang menunggu perbicaraan bagi satu tuduhan penyeludupan dadah berasingan.

Mahkamah Agung menetapkan ikan jamin sebanyak $250,000 yang tidak dijelaskan semalam, bermakna lelaki berusia 32 tahun itu masih berada dalam tahanan.

Hillbroom merupakan anak lelaki kepada pengasas DHL Larry Hillblom walaupun nama keluarga mereka telah dieja berlainan.

Dia merupakan salah seorang daripada empat anak luar nikah Hillblom yang berjaya menyaman untuk sebahagian daripada kekayaan ahli perniagaan bilionair itu selepas beliau maut dalam nahas pesawat pada 1995.

Pewarisan Hillbroom telah dianggarkan berjumlah $100 juta, walaupun dia menyatakan pada awal tahun ini bahawa kesilapan pengurusan kewangan bermakna ia sekarang menjadi semakin berkurangan.

Biasanya menetap di AS, Hillbroom melawat Palau pada tahun lepas ketika dia diberkas kerana dikatakan mengatur bagi dua orang wanita untuk menyeludup metamfetamin dari Manila ke Palau.

Dia melarikan diri dari tahanan selepas penangkapannya namun ditangkap di sebuah pusat peranginan satu malam kemudian ketika polis menahandiadarilautketikadia cuba berenang meninggalkan tempat tersebut.

Dakwaan terbaharu dikaitkan dengan dua pembelian dadah dikatakan telah dilakukan oleh seorang pemberi maklumat menyamar di hartanah Hillbroom pada April dan Mei.

Perbicaraan mahkamah dia yang seterusnya dijadualkan pada 27 Oktober. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.