Enjin tersedut burung, jet Turki mendarat cemas di Kenya

Utusan Borneo (Sabah) - - Global -

MOMBASA: Sebuah jet Turkish Airlines yang membawa 121 penumpang dan enam kru melakukan pendaratan kecemasan di Kenya semalam selepas salah satu enjinnya tersedut seekor burung, menurut polis.

Penerbangan TK 673 telah meninggalkan bandar pantai Mombasa di Kenya untuk ke Istanbul ketika serangan burung berlaku pada sekitar jam 4 pagi waktu tempatan. Pesawat itu berpusing-pusing di sekitar Mombasa selama sejam bagi mengosongkan tangki minyaknya sebelum ia mendarat.

Tiada sesiapa yang tercedera.

Pesawat itu telah diperiksa oleh juruteknik dan ia telah berlepas semula. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.