MaGIC harap Bajet 2018 sedia dana cukup untuk sektor perusahaan dipacu impak

Utusan Borneo (Sabah) - - Bisnes -

KUALA LUMPUR: Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) berharap Bajet 2018 akan merangkumi dana yang cukup untuk menyokong usaha negara untuk sektor perusahaan dipacu impak yang dapat terus kekal dengan sendiri, saksama dan mengutamakan rakyat.

Dalam satu kenyataan semalam, MaGIC berkata, lebih banyak agensi kerajaan dan penggiat sektor awam lain akan memainkan peranan aktif dalam program perolehan sosial, yang menangani isu komuniti yang kritikal dan menyokong matlamat negara untuk pertumbuhan ekonomi inklusif di Malaysia.

Untuk 2018, MaGIC berkata, ia merancang menyokong pertumbuhan mampan keusahawanan di negara ini sebagai pencipta nilai baru dan pemacu pertumbuhan ekonomi yang inklusif untuk Malaysia.

Fokus utama adalah untuk mengembangkan jangkauan program dan platform agar lebih ramai bakal usahawan Malaysia diperlengkap dengan kepakaran dan keupayaan bersesuaian untuk mula membina perniagaan mereka,” katanya.

“Kami mahu membina usahawan yang bersedia menghadapi cabaran masa depan serta memacu perubahan positif dalam ekosistem,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Bajet 2018 pada 27 Oktober 2017. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.