Cari kerja atau cari duit?

‘Sabahan Runner Crew’

Utusan Borneo (Sabah) - - Rencana - Oleh MI FITRI

KEADAAN ekonomi yang tidak menentu menyebabkan banyak perniagaan terpaksa gulung tikar.

Syarikat awam dan swasta pula mula menghadkan pengambilan pekerja, bermaksud peluang pekerjaan semakin sedikit. Malah, ada pekerja yang kontraknya tidak disambung.

Jadi ke mana harus mereka pergi. Persoalannya sama ada cari kerja atau cari wang?

Perkara ini juga dialami oleh Mohd Zul Hamizan Mohd Zan, 23, atau Along.

Berdasarkan pengalaman ini dia nekad menjadi ‘runner’ untuk membantu orang ramai.

Along yang berasal dari Pulau Jambongan Semporna sudah melakukan kerja ini lebih dua tahun.

Tugasnya membantu dalam urusan harian seperti membayar bil, menghantar dan mengambil barang.

Kemudian, dia bertemu dengan Mohd Patrianizam Mohd Apong, 30.

“Niat kami hanya mahu membantu orang ramai dalam segala hal urusan harian seperti membayar bil elektrik. Kemudian kami diberi upah,” katanya.

Menurut Nizam, dari dua orang lama-kelamaan anggota bertambah sehingga ke 150 orang di seluruh Sabah.

“Dan, pada 2016 komuniti belia ini dinamakan sebagai ‘Sabahan Runner Crew’ (SRC),” jelasnya.

SRC yang berpusat di Kota Kinabalu memiliki rangkaian komuniti di seluruh Sabah seperti Beaufort, Keningau, Sipitang, Lahad Datu, Tawau, Sandakan, Kudat dan juga di Wilayah Persekutuan Labuan.

Setakat ini ada dua iaitu jenis kenderaan iaitu motosikal dan kereta.

SRC menghebahkan perkhidmatan mereka di laman-laman sosial. Lebih mudah dan tidak memerlukan kos yang banyak.

Dalam pada itu menurut Along, semua perkhidmatan mereka boleh lakukan asalkan tidak menyalahi undangundang.

Katanya, golongan yang menggunakan servis mereka ialah suri rumah, peniaga atas talian, pekerja pejabat, Orang Kurang Upaya (OKU), dan mereka yang tidak memiliki kenderaan.

Menceritakan perit payah menjadi seorang ‘runner’, Along dan Nizam pernah ditahan reman bagi membantu siasatan kes penipuan jualan atas talian.

“Kita sebagai runner kena amanah. Kita tidak akan buka apa isi kandungan barang walaupun disuruh. Inilah risikonya,” jelas Along.

Kesanggupan ahli SRC patut dipuji. Berkat kesabaran dan sikap yang amanah mereka ini telah membantu ramai orang.

Tidak dinafikan terdapat beberpa individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan terhadap mereka. Namun, mereka tidak pernah berputus asa. Mereka percaya dengan niat yang baik pasti mendatangkan kebaikan juga.

Perancangan akan datang, SRC akan membuat Projek Amal di mana perkhidmatan mereka akan diberi percuma kepada orang awam.

Selain itu mereka juga akan membuat kursus ‘Zero To Hero’ bagi membantu mereka yang mahu menjadi ‘runner’ samada sambilan ataupun sepenuh masa.

Niat kami hanya mahu membantu orang ramai dalam segala hal urusan harian seperti membayar bil elektrik. Kemudian kami diberi upah. MOHD ZUL HAMIZAN MOHD ZAN Runner

PERJUMPAAN penubuhan SRC.

RUNNER kereta memberi perkhidmatan menghantar dan mengambil barang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.