TEMAN LELAKI UPAHAN

Utusan Borneo (Sabah) - - Rancangan -

TV9, jam 8.30 malam

Kyra Lydia terdesak untuk mencari teman lelaki supaya harta milik ayahnya, Datuk Azham agar tidak jatuh ke tangan ibu tirinya, Datin Izzati. Hubungan Kyra dan ayahnya telah lama berantakan sejak ibunya, Alina pergi meninggalkan mereka. Pelbagai usaha dilakukan oleh Datuk Azham untuk memperbaiki hubungannya dengan Kyra tetapi tidak berjaya. Dengan meletakkan syarat iaitu Kyra mesti membawa seorang calon teman lelaki yang boleh menjadi suami kepada Kyra, Datuk Azham berharap lelaki itu dapat melembutkan hati Kyra dan menyatukan keluarga mereka semula. Semuanya bermula, apabila berlaku insiden kecil di Restoran The Spice milik Ezwan Lutfi yang lebih dikenali sebagai El lakonan Ungku Ismail telah menyebabkan El terlibat dalam rancangan gila Kyra Lydia. PELAKON: Elizad Sharifuddin, Ungku Ismail Aziz, Fikhree Bakar, Izara Aishah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.