Penyesalan suami dalam telemovie ‘Gabuk’ di TV1

Utusan Borneo (Sabah) - - Hiburan -

PEPATAH Melayu ada mengatakan ‘Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggaltinggalkan’. Dalam Islam telah diajar bahawa kasih sayang diutamakan kepada keluarga, suami, isteri dan anak. Begitu juga sesama insan.

Lumrah seorang isteri pastinya mengharapkan suami sentiasa bersama keluarga setiap hari dan majoriti isteri mencurahkan kasih sayang segalanya kepada suami. Kerana itulah ramai isteri yang hilang pedoman apabila ditinggalkan suami sama ada dimadukan, diceraikan atau ditinggalkan untuk selamalamanya.

Menampilkan gandingan mantap pelakon Fauziah Nawi, Abu Bakar Omar, Normah Damanhuri, selain turut dibantu oleh Zarina Zainoordin, Zain Hamid, Hairie Safwan, dan Ungku Hariz, drama ‘Gabuk’ bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) sememangnya sarat dengan elemen ikatan kekeluargaan dan kasih sayang. Namun segalanya terlerai akibat watak utamanya yang terlalu mengejar dunia dan harta.

Kisahnya berkembang dengan watak utama Qatam seorang suami yang cuai tanggungiawab terhadap isteri dan ibunya. Dia meninggalkan mereka untuk membina kekayaan di ibukota, dan berjaya. Kejayaannya dikongsi bersama penduduk kampung melalui kerja-kerja amal yang dilakukan melalui orang perantaraannya Saif dan Bahrin.

Sepanjang peninggalannya, Qalam tidak pernah pulang menjengah isteri dan ibunya.

Qalam menghadapi krisis perniagaan dan diancam oleh Alrigo, rakan niaga dari luar negara yang diuruskan oleh Bahrin. Qalam terpaksa pulang ke kampung selepas lima tahun mengasingkan diri, untuk mendapatkan geran hartanah peninggalan warisan keluarga bagi menebus masalah kewangan yang dihadapi.

Qalam terpaksa mengakui kelemahannya membelakangi hak isteri, ibu dan kaum keluarga hanya semata-mata menurut kehendak hati yang kononnya dipaksa berkahwin dengan Huda dan mewarisi kekayaan keluarga yang dianggap tidak bermaruah.

Semasa ibunya masih hidup, Qalam pernah ditegur akan sikap gabuknya kerana gagal menunaikan tanggungjawab sebagai lelaki yang beramanah terhadap isteri dan keluarga.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan gabuk? Dapatkah Qalam mengembalikan keyakinan isterinya selepas ditinggalkan sekian lama? Siapakah dalang di sebalik krisis perniagaan yang dihadapi oleh Qalam? Semuanya dalam Gabuk.

Ikuti kesudahan telemovie menarik yang disiarkan mengisi slot Panggung Seri di TV1 pada jam 10.00 ini (14 Oktober) malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.