Pengisian terbaik di Pagi Era Sabah

Utusan Borneo (Sabah) - - Hiburan -

SEJAK menjadi penyampai pagi Era Sabah bermula bulan Jun sehinggahlah hari ini, banyak perkara yang berubah terhadap diri saya.

Sebelum ini saya bersiaran di segmen Eramaiti dari petang sampai jam lapan malam setiap Isnin sampai Jumaat bersama Jay Jay atau pun lebih dikenali dengan gabungan nama kami iaitu Jaylopz.

Tapi sekarang, dari segi masa bekerja telah berubah seawal jam enam pagi sehingga sepuluh pagi setiap Isnin hingga Jumaat. Kalau dulu boleh bangun lewat, tapi sekarang mesti bangun seawal jam empat pagi.

Kalau dikira dari segi perubahan fizikal, berat badan saya naik hampir empat kilogram disebabkan pemakanan dan masa tidur yang tidak tentu. Ini disebabkan saya belum dapat menyesuaikan masa bekerja di Pagi Era Sabah.

Namun selepas tiga bulan, saya sudah dapat menyesuaikan diri dengan masa kerja yang baharu. Perubahan dari segi pengisian juga berubah berbanding segmen dahulu. Segmen Pagi Era Sabah memberi info yang menarik, trending dan segar. Kita kena peka dengan pendengar di awal pagi yang mahukan info-info terbaru dan terbaik.

Dari segi hiburan, Pagi Era Sabah kini serba baharu, kami ada ‘Kau sudah kana’, ‘Teka lagu gustan’, dan ‘cerita petrus dan main kasi sambung’. Permainan ini mendapat sambutan dari semua pendengar.

Sebagai seorang penyampai radio, kita kena ambil tahu apa yang pendengar inginkan. Saya harap anda semua terhibur di Pagi Era Sabah yang serba baharu bersama Jay, Lopz dan Adnan.

Jadi layan terus ERA muzik hit terbaik di sekitar Kota kinabalu 102.4 fm, dan Sandakan 103 fm.

LOPZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.