Festival filem Busan kembali meski dilanda pelbagai kontroversi

Berazam untuk pelihara identiti ‘sinema bebas’

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan -

PENGANJUR Festival Filem Antarabangsa Busan (BIFF) berkata mereka yakin mereka dapat mengetepikan politik yang telah membayangi acara berpengaruh itu apabila edisinya yang ke22 bermula pada Khamis lepas.

Festival tahunan itu, yang sudah lama memperjuangkan sinema bebas di Asia, berazam untuk “memelihara identitinya” walaupun terjebak dalam drama tersendiri yang penuh aksi sejak tiga tahun lalu, kata pengasasnya, Kim DongHo.

Kim, 80, dibawa balik untuk membantu mengendalikan BIFF pada 2015 selepas ketua festival sebelum itu, Lee Yongkwan, didakwa atas tuduhan menipu dan dilucutkan dari jawatannya.

Skandal itu meletus setelah festival itu memutuskan pada 2014 untuk kekal dengan penayangan sebuah dokumentari yang kontroversi walaupun menerima tekanan dari Datuk Bandar Busan, Suh Byung-Soo, untuk mengeluarkannya dari program.

Filem yang dimaksudkan, ‘Diving Bell: The Truth Shall

Not Sink

With

Sewol’, mengkritik cara kerajaan Korea Selatan mengendalikan bencana feri Sewol pada tahun itu yang meragut kira-kira 300 nyawa.

Ia disusuli pemotongan pembiayaan oleh kerajaan dan kemudian boikot oleh kumpulan pawagam terkemuka di Korea seperti Persatuan Pengarah Korea, yang menuding jari kepada campur tangan politik.

“Walaupun festival pada tahun ini masih menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikan, kami berazam untuk menggalakkan pengarah Asia yang sedang meningkat naik, menyokong filem Asia baharu dan melanjutkan peranan kami dalam industri perfileman,” kata Kim.

Orang dalam industri telah bertanya sama ada BIFF dapat memperbaiki kerosakan kepada reputasinya ataupun tidak – satu perkara yang ditimbulkan oleh kakitangan festival pada awal tahun ini apabila mereka menuntut agar Kim dan pengarah festival

Kang SooYeon meletak jawatan kerana tidak mengambil tindakan ke atas pelbagai masalah yang timbul.

Sejak itu kedua-dua mereka sudah

akur kepada tuntutan tersebut dan akan menyerahkan tampuk pada hujung edisi festival tahun ini, yang berlangsung dari 12 hingga 21 Oktober.

- Bakat muda Di

tengah-tengah kekalutan itu, program BIFF masih dapat menampilkan kira-kira 300 buah filem dan 100 tayangan perdana dunia untuk festival pada tahun ini, yang akan dibuka berlatarbelakangkan pertumbuhan luar biasa dalam pasaran filem Asia.

Sementara Hollywood mengalami musim panas yang menyaksikan resit box office turun sebanyak kirakira 16 peratus, satu siri hit domestik telah menjulang pasaran China sebanyak 10 peratus, manakala Korea Selatan berada di landasan untuk memecah rekod pada 2017. pada tahun ini sudah menarik tetamu antarabangsa termasuk pembuat filem yang memenangi anugerah Oscar sebanyak dua kali, Oliver Stone, yang akan mengetuai juri untuk anugerah utama ‘New Currents’ di festival itu untuk pengarah pertama atau kedua kali dari Asia. Seorang lagi pengarah senarai A di Hollywood, Darren Aronofsky, juga akan membuat penampilan apabila dia menjelajah litar festival itu bersama filem seramnya ‘Mother!’ dan pakar aksi Hong Kong, John Woo, akan membawa filem aksi terbaharunya ‘Manhunt’ ke kota pelabuhan Korea Selatan itu. Pengarah terkenal lain yang tiba dari seluruh rantau ini termasuk pengarah Jepun, Hirokazu Kore-eda, dan Jia Zhangke dari China.

BIFF dibuka Khamis lepas dengan tayangan perdana filem aksi balas dendam dari pengarah Korea, Shin Su-Won, ‘Glass Garden’.

Ia akan ditutup dengan drama bersejarah ‘Love Education’ dari pengarah Taiwan, Sylvia Chang – kali pertama pengarah wanita menutup festival.

Acara kemuncak lain termasuk tayangan perdana dunia bagi filem arahan Jeon Jae-Eun ‘Butterfly Sleep’ yang dibintangi superstar Jepun, Miho Nakayama, selain anugerah baharu bagi pengarah Asia yang sedang meningkat naik untuk memperingati pengasas bersama BIFF, Kim JiSeok, yang meninggal dunia ketika dia menghadiri festival Cannes pada Mei lalu.

Pembuat filem Korea yang sedang meningkat naik akan dipaparkan dalam seksyen ‘Korean Cinema Today’ yang menayangkan 27 buah filem manakala ‘New Currents’ pada tahun ini memaparkan 10 buah filem yang mewakili negaranegara Asia, dengan minat yang tinggi menyelubungi komedi dari China ‘One Night on the Wharf’ oleh artis terkenal yang menjadi pembuat filem, Han Dong.

Politik akan memainkan peranan seperti biasa dalam seksyen dokumentari ‘Wide Angle’ di festival itu dengan penerbitan dalam pertandingan termasuk satu yang meninjau penggunaan pertahanan misil THAAD yang kontroversi di Korea Selatan – ‘Soseongri’ arahan Park Baeil.

“Selepas masa yang sukar, kita masih percaya bahawa mengetengahkan dan memberi tumpuan kepada bakat Asia dan Korea yang muda, dan menjumpai dan menyokong mereka, adalah apa yang kami buat dengan terbaik dan merupakan masa depan bagi BIFF,” kata pengaturcara festival, Kim Young-Woo. — AFP

— Gambar AFP

PENGACARA: Penyanyi Im Yoon-ah, lebih dikenali Yoona dari kumpulan K-pop, Girls ‘Generation dan pelakon Jang Dong-gun (kanan) dipilih sebagai pengacara pada majlis pembukaan yang berlangsung di Pusat Pawagam Busan. Yoona menggantikan pelakon Kim Ha-neul yang terpaksa menarik diri kerana hamil.

— Gambar AFP

KEMBALI: Pengarah festival Kang Soo-Syoun semasa sidang media filem pembukaan‘Glass Garden’untuk festival filem Busan pada Jumaat.

YOON SEUNG-AH & PARK SUNGWOONG BIFF

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.