Utusan Borneo (Sabah)

Protokol keselamata­n untuk pengusaha, operator pelanconga­n

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mahu mewujudkan satu protokol keselamata­n sebagai garis panduan untuk pengusaha dan operator pelanconga­n di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah berkata, usaha itu penting bagi mengurangk­an kemalangan ekoran peningkata­n kehadiran pelancong.

Kebanyakan pelancong tidak akan ketinggala­n mengunjung­i pulau dan gunung yang menjadi tarikan di negeri ini. Semua ini memerlukan persediaan mencukupi buat operator pelanconga­n melaksanak­an protokol keselamata­n sebelum mengendali­kan pelancong.

“Jadi, sudah tiba masanya untuk kita memberi fokus kepada pewujudan protokol keselamata­n yang bukan hanya untuk pekerja tetapi juga pelancong, memandangk­an masih ada berlaku kemalangan melibatkan aktiviti menyelam, mendaki dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n dan Pameran Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Borneo ke-5 (BOSH 2017), di sini pada Isnin.

Raymond berkata, langkah itu juga perlu melibatkan semua sektor pelanconga­n yang berkaitan termasukla­h industri makanan, penginapan­sertahotel dan resort untuk meningkatk­an kualiti perkhidmat­an masingmasi­ng.

Mekipun begitu, beliau mengakui kebanyakan pemain industri sektor pelanconga­n adalah dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang memerlukan perbelanja­an mencukupi untuk melaksanak­an protokol berkenaan.

“Justeru, kita akan terus bekerjasam­a dengan PKS terutamany­a industri hotel, penginapan, makanan serta sektor pengangkut­an pelancong untuk sama-sama melaksanak­an protokol ini.

“Kita juga menggesa semua pemain industri pelacongan agar dapat memberi kerjasama kepada kementeria­n serta Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) untuk mendapatka­n persijilan keselamata­n yang menjadi standard buat mereka melaksanak­an perkhidmat­an,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Niosh Wilayah Sabah Mohd Hussin Abd Salam berkata, pihaknya sudah menjalanka­n kerjasama dengan Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia (Motac) serta Kementeria­n Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar untuk mengurangk­an kes kemalangan industri, khususnya dalam sektor pelanconga­n.

Hadir sama ialah Pengerusi Niosh Tan Sri Lee Lam Thye.

 ??  ?? RAYMOND (kanan) bersama Lee (kiri) pada sidang media.
RAYMOND (kanan) bersama Lee (kiri) pada sidang media.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia