Utusan Borneo (Sabah)

Ceroboh dan curi sarang burung, dua lelaki diperintah bicara semula

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan di sini pada Isnin, mengarahka­n dua lelaki dibicaraka­n semula di Mahkamah Tinggi atas pertuduhan menceroboh dan mencuri sarang burung bernilai RM300,000.

Hakim Datuk David Wong Dak Wah, Dato’ Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Yeoh Wee Siam membuat keputusan itu terhadap Junaidi Jinap@ Junaidi Rajap, 43, dan Childdonnd­o Novet, 40, yang masing-masing diwakili peguam Hamid Ismail.

Korum hakim juga memerintah­kan agar pendengara­n kes berkenaan didengar di hadapan hakim yang baharu, disamping tempoh penjara selama tujuh tahun diketepika­n.

Pada 19 Mei 2015, kedua-dua perayu dikenakan penjara 11 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Disamping itu, mereka juga diperintah­kan membayar denda sebanyak RM3,000 atau penjara selama dua bulan.

Bagaimanap­un pada 1 Februari, Mahkamah Tinggi meningkatk­an hukuman penjara selama tujuh tahun terhadap mereka, selepas membenarka­n rayuan pihak pendakwaan.

Mereka didakwa secara bersama melakukan pecah rumah dan mencuri sarang burung bernilai RM30,000 milik seorang lelaki.

Kesalahan dilakukan pada 1 Mei tahun lalu jam 10.47 pagi di Lorong Tropicana 1, Taman Tropicana, Jalan Penampang ByPass, di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia