Utusan Borneo (Sabah)

Jawatankua­sa kecil peringkat akar umbi perlu ditubuh di setiap kampung

-

MIRI: Sebuah jawatankua­sa kecil peringkat akar umbi perlu ditubuh di setiap kampung dan kawasan bagi memudahkan capaian dan khidmat lebih berkesan kepada rakyat.

Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenianda­nKebudayaa­nmerangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senadin Datuk Lee Kim Shin merancang menubuh jawatankua­sa kecil seperti itu di setiap kampung dan kawasan beliau yang agak luas, bagi memudahkan­nya mendekati rakyat termasuk menyampaik­an khidmat dengan lebih berkesan.

Berucap merasmikan Mesyuarat Agung Ke-4 SUPP Cawangan Senadin di dewan bangunan parti itu di sini, pada Ahad, Lee mahu semua ahli parti di setiap cawangan kecil bekerja bersama beliau sebagai satu pasukan untuk memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat.

“Saya seorang sahaja tidak mampu melakukann­ya (kerana kawasan DUN Senadin luas dengan populasi yang bertambah), justeru saya memerlukan satu pasukan yang kuat dan kita berkhidmat bersama-sama,” katanya.

“Kita akan menubuhkan jawatankua­sa peringkat akar umbi seperti di kampung supaya dapat mendekati rakyat,” kata Lee sambil menasihati ahli parti menyampaik­an khidmat kepada rakyat tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama.

Lee memberitah­u sejak tiga tahun lepas, setelah beliau dipilih semula sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan, banyak pembanguna­n sudah dikecapi dan dilaksana termasuk menaik taraf jalan utama daripada dua lorong kepada empat lorong dan banyak lagi.

Beliau dalam ucapannya juga mahu ahli parti sedia ada lebih giat merekrut ahli baharu yang kini menyaksika­n keahlian SUPP Senadin melonjak daripada 5,000 ahli tiga tahun lalu kepada lebih 7,000 ahli tahun ini.

Keahlian SUPP di Senadin juga katanya,mencatatan­gkaterting­gibagi Pergerakan Pemuda iaitu lebih 2,000 manakala Wanitanya mempunyai lebih 5,000 ahli, satu pencapaian yang amat memberangs­angkan.

Sementara itu mesyuarat semalam sebulat suara meluluskan senarai 45 ahli jawatankua­sa baharu yang sudah dipilih untuk menerajui cawangan Senadin bagi tempoh tiga tahun lagi.

Diterajui Lee selaku pengerusi SUPP Cawangan Miri, turut menyaksika­n pelantikan Chai Kuen Ming sebagai timbalan beliau dan empat naib pengerusi terdiri daripada Kueh Chie Tiong, Goh Khiok Seng, Chong Ah Muk dan Joanna Ping Eng Oyok.

Setiausaha dilantik ialah Jeffery Phang yang dibantu tiga penolong setiausaha terdiri daripada Chin Haw Leong, Chong Khee Fah dan Riti Assan.

Manakala bendahari ialah Jee Kee Hiong dibantu Thian Siew Foong sementara Ketua Pemuda Tang Siong Chung dan Ketua Wanita Yap Siew Jin, di samping bakinya terdiri daripada ahli jawatankua­sa cawangan yang lain.

 ??  ?? LEE menyampaik­an amanat beliau ketika berucap merasmikan mesyuarat agung ke-4 SUPP Cawangan Senadin di Miri.
LEE menyampaik­an amanat beliau ketika berucap merasmikan mesyuarat agung ke-4 SUPP Cawangan Senadin di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia