Utusan Borneo (Sabah)

Tendangan penalti Rodriguez di Belfast lebur impian Ireland Utara beraksi di Rusia

-

PARIS: Pengurus Ireland Utara Michael O’Neill meratapi tendangan penalti kontrovers­i pada pusingan pertama yang menyebabka­n impian pasukannya untuk bermain dalam kejohanan bola sepak Piala Dunia berakhir dengan kekalahan agregat 10 kepada Switzerlan­d dalam perlawanan play-off mereka kelmarin.

Tendangan penalti Ricardo Rodriguez di Belfast pada Khamis lepas ternyata menjadi perbezaan di antara kedua-dua pasukan, dan pasukan Swiss menangkis tekanan lewat daripada pasukan Ireland Utara yang tidak menarik dalam perlawanan pusingan kedua di Basel dalam keadaan sukar selepas hujan lebat.

O’Neill berkata pemainnya tetap akan rasa terkilan dengan keputusan tidak adil yang diberikan oleh pengadil Romania Ovidiu Hategan untuk memberikan tendangan penalti kepada Switzerlan­d apabila voley Xherdan Shaqiri terkena bahu Corry Evans dari jarak dekat.

“Pada akhirnya kami tersingkir disebabkan oleh keputusan buruk dalam perlawanan pusingan pertama,” katanya kepada Sky Sports selepas kebuntuan 0-0 pada pusingan kedua.

“Jika tidak kerana tendangan penalti itu, kami pasti akan bermain dalam masa tambahan. Para pemain akan diingati bagi permainan pada malam ini. Ia adalah cara yang sangat menyakitka­n hati untuk kalah. Kami perlu meneruskan kehidupan.”

Walaupun gol kemenangan itu diselubung­i kontrovers­i, yang menyaksika­n Evans memohon maaf di atas katakata marah oleh isterinya dalam Twitter di mana dia memanggil pengadil berkenaan seorang “gipsi Romania”, Switzerlan­d jelas pasukan yang lebih bagus dalam dua pusingan perlawanan itu untuk menempah tempat di Piala Dunia keempat berturut- turut.

Pasukan tuan rumah Vladimir Petkovic mensiasiak­an beberapa peluang pada separuh masa pertama, terutamany­a penyerang Haris Seferovic, tetapi berusaha secukupnya untuk layak apabila Rodriguez mengeluark­an tandukan Jonny Evans di atas garisan gol dalam masa kecederaan.

“Semua orang kata ia hampir selesai, tetapi menentang pasukan seperti itu adalah satu pertarunga­n. Saya sangat teruja kerana kami sudah mencapai matlamat kami,” kata penjaga gol Yann Sommer kepada saluran televisyen RTS.

“Malangnya kami tidak lebih cekap kerana ia pasti lebih mudah.”

“Ia pasti perlawanan yang sukar. Ia sangat sukar untuk bermain dengan padang itu dan pasukan lawan kami,” kata Shaqiri, pemain sayap Stoke City.

“Saya sangat bangga kerana kami berjaya layak untuk seluruh negara.”

Ia hanya kali kedua dalam kempen kelayakan di mana Switzerlan­d gagal untuk menang, selepas menduduki tempat kedua di belakang Portugal dalam Kumpulan B walaupun memenangi sembilan daripada 10 perlawanan mereka.

Croatia tidak dipaksa untuk mengerahka­n keringat apabila mereka dengan mudah mara ke kejohanan akhir Piala

— Gambar Reuters Dunia buat kali kelima dengan keputusan seri tanpa jaringan di Greece.

Kemenangan 4-1 dalam perlawanan pusingan pertama di Zagreb sudah memastikan kejayaan Khamis lepas, dan pasukan Greece tidak pernah mengancam untuk menghasilk­an sebarang kebangkita­n.

Croatia, yang memecat jurulatih Ante Cacic pada bulan lepas apabila mereka menamatkan cabaran di belakang Iceland dalam Kumpulan I, memenangi perlawanan kelayakan terakhir mereka menentang Ukraine 2-0 di bawah pengurus baharu Zlatko Dalic untuk mara ke peringkat play-off. — AFP

 ??  ?? O’NEILL (kiri) jelas kecewa selepas gagal membantu Ireland Utara menempah tempat untuk beraksi pada Piala Dunia 2018 di St. Jakob-Park, Basel Ahad lepas.
O’NEILL (kiri) jelas kecewa selepas gagal membantu Ireland Utara menempah tempat untuk beraksi pada Piala Dunia 2018 di St. Jakob-Park, Basel Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia