Kereta api masuk gaung di Congo
LUBUMBASHI: Seramai 33 orang telah dikhuatiri meninggal dunia kelmarin di Republik Demokratik Congo selepas sebuah kereta api muatan membawa minyak terjunam ke dalam sebuah gaung.
Radio PBB Okapi menyebut tentang 33 kematian dengan beberapa kecederaan atau melecur di dalam kemalangan yang berlaku di wilayah luas kaya dengan bahan mineral di Katanga, sebesar Sepanyol.
“Sehingga sekarang angka tersebut adalah lapan kematian dan beberapa kecederaan.
“Angka tersebut mungkin akan bertambah tinggi dengan ketara,” kata menteri perlombongan wilayah Lualaba Jean-Marie Tshizainga.
Kereta api itu, di mana mangsa sedang merantau secara haram, telah bergerak di antara bandar kedua negara Lubumbashi ke Luena di Katanga.
Kereta api itu membawa 13 buah tangki minyak dan tergelincir dari landasan ketika menaiki cerun berhampiran stesen Lubudi.
Ia telah terjunam ke dalam gaung dan tangki tersebut terbakar, menurut radio Okapi.
“Ia adalah sebuah kereta api muatan yang tergelincir dari landasan dan ia adalah tidak sepatutnya membawa penumpang, Sekiranya terdapat orang di dalamnya, kami menganggap mereka sebagai pendatang tanpa izin,” menurut Sylvestre Ilunga Ilukamba, pegawai kanan dari syarikat perkhidmatan kereta api negara.
Katanga telah menyaksikan beberapa kemalangan maut melibatkan kereta api.
Pada 2014, sebuah kereta api muatan tergelincir dari landasan mengorbankan 74 orang dan mencederakan 163 orang, menurut kepada pihak berkuasa namun pihak Palang Merah menyatakan sehingga 200 mayat telah dikebumikan,
Sebulan kemudian agensi berita negara menyatakan tentang 136 kematian.
Satu lagi kemalangan kereta api pada Julai 1987 berhampiran sempadan Zambia mengorbankan 150 orang selepas merempuh sebuah lori. — AFP