Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja dibunuh kejam, Telefonica elak Guatemala

-

KOTA GUATEMALA: Unit Guatemala syarikat telekomuni­kasi Telefonica menangguhk­an operasi khidmat pelanggann­ya dan menutup kedai sepanjang hujung minggu selepas tiga pekerjanya ditembak mati di negara Amerika Tengah itu.

Pekerja keempat cedera dalam empat serangan berasingan Jumaat lepas.

“Ini adalah satu kes tipikal bagi peras ugut di kawasan perniagaan di bahagian yang berbahaya di negara ini,” seorang wakil syarikat, yang meminta namanya dirahsiaka­n kerana bimbang dengan keselamata­n, memberitah­u Reuters kelmarin.

“Bagi keselamata­n pekerja kami, kami memutuskan untuk menghentik­an khidmat pelanggan namun akan memulakan semula esok (Isnin) serta mengembali­kan operasi biasa secara berperingk­at,” menurut wakil.

Media tempatan menyiarkan transkrip dua perbualan di antara pekerja Movistar, unit tempatan Telefonica, dan seorang lelaki yang memeras ugut AS$13,600.

Jurucakap polis Pablo Castillo berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat.

Guatemala berdepan keganasan gangster berleluasa, terutama kumpulan berkuasa Mara Salvatruch­a atau MS-13, dan seterunya Calle 18.

Movistar mempunyai empat juta pelanggan di Guatemala. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia