Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan digesa rebut peluang disediakan kerajaan

-

TAWAU: Usahawan muda di negeri ini diminta merebut pelbagai peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk membantu mengembang­kan perniagaan.

Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat berkata, kerajaan memperuntu­kkan berjuta-juta ringgit untuk membantu usahawan, khususnya bumiputera untuk mengembang­kan perusahaan.

Justeru katanya, usahawan muda perlu mengetahui bantuan yang disediakan oleh kerajaan dan maklumat berkaitan yang dapat membantu mereka.

“Kita mempunyai banyak agensi yang ditubuhkan untuk membantu para usahawan memperluas­kan perusahaan mereka iaitu sama ada dari segi penyediaan modal, pinjaman atau peralatan,” katanya berucap pada majlis penutupan dan penyampaia­n sijil Kursus Teknikal Belia Tani Akuakultur Peringkat Negeri Sabah 2017, Penternaka­n Ikan Dalam Sangkar di Taman Bukit Tawau pada Ahad.

Hamisa yang juga Adun Tanjong Batu berkata, kursus itu merupakan amalan biasa bagi mereka yang berminat tetapi yang paling penting para peserta perlulah turun padang bagi memastikan pengalaman dalam kursus itu dimanfaatk­an sebagai bahan perniagaan yang boleh dimajukan.

 ??  ?? HAMISA bergambar kenangan bersama peserta kursus.
HAMISA bergambar kenangan bersama peserta kursus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia