Utusan Borneo (Sabah)

Jual biskut, buku untuk selamatkan penyu

Ahmad Iszuddin kumpul dana untuk Taman Pemulihara­n Penyu Pulau Libaran & Terengganu

- Oleh YUSOP TEPPO

AHMAD Iszuddin Ahmad Izham, terkenal dengan kempennya menyelamat­kan penyu belimbing yang menjadi viral dan menarik perhatian media, menyertai Easy Like Sunday Morning Bazaar di Armada Hotel Petaling Jaya bagi mengumpul dana untuk Taman Pemulihara­an Walai Penyu di Pulau Libaran, Sandakan.

Sepanjang bulan Oktober, dia telah menjual biskut, buku resipi dan baju-T Turtle My World bagi mengumpul sebanyak RM270.

Di bazar berkenaan, dia berharap untuk menambah sekurang-kurangnya RM230 bagi mengumpul sejumlah RM500 untuk taman pemulihara­an berkenaan.

Wang itu tidaklah banyak, tetapi dia percaya setiap nilai yang kecil, terutama apabila taman pemulihara­an sendiri tidak mendapat bantuan kewangan daripada kerajaan, adalah sangat bermakna.

“Oleh itu, wang yang saya kumpulkan dapat digunakan untuk melakukan lebih banyak aktiviti pembersiha­n di pantai, membeli lebih banyak jaring untuk kawasan penyu bersarang dan perlu menjaga telur penyu dengan lebih baik,” katanya.

Sebelum ini, Iszuddin yang berumur 11 tahun komited untuk menyelamat­kan penyu belimbing selepas guru sains di sekolahnya menunjukka­n video mengenai spesies terancam kepadanya dan rakan sekelas.

Dia diberitahu bahawa haiwan itu akan pupus di seluruh dunia dalam masa beberapa tahun lagi sekiranya sedikit usaha dilakukan untuk melindungi haiwan terbabit.

Iszuddin yang belajar memasak daripada ibunya, mengambil inisiatif membuat roti dan biskut untuk dijual kepada orang ramai di majlis tertentu, malah ada juga pembeli yang menghubung­inya secara terus.

Dia telah memperoleh lebih daripada RM200 hasil daripada jualan roti dan biskutnya itu bukan untuk keuntungan peribadi, tetapi Ahmad Iszuddin berhasrat untuk mendermaka­n kepada Persatuan Pemulihara­an Penyu di Terengganu dan membantu menyelamat­kan hidupan laut itu.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pencinta dan Pemulihara­n Hidupan Penyu Negeri Sabah (Foster) Alexander Yee yang mengendali­kan Taman Pemulihara­an Walai Penyu, yang berada di Kuala Lumpur dan berjumpa dengan Iszuddin.

Dalam salah satu daripada perbincang­annya melalui aplikasi Whatsapp dengan ibu Iszuddin, Alexander berkata apa yang dilakukan oleh kanak-kanak itu sangat mulia.

“Saya gembira dia mempunyai kesedaran pada usia muda dan saya berharap dia meneruskan usahanya. Saya berharap kesedaran yang telah diciptanya akan mendorong lebih kanakkanak mengikuti jejak langkahnya dengan melakukan usaha bagi memulihara dan melindungi alam sekitar,” katanya.

Iszuddin menyerahka­n cek sebanyak RM270 kepada Alexander dan berjanji untuk membantu pusat pemulihara­an lain di negara ini.

Sehingga kini, Iszuddin telah menyediaka­n lebih daripada 15,000 biskut, menjual 200 buku resipi dan bercakap dalam tiga ceramah mengenai misinya.

Dia turut muncul di Kelab Mickey Mouse Disney Channel Asia atas pandangann­ya mengenai pemu- liharaan alam sekitar dan menyerlahk­an nasib kurakura serta haiwan laut yang terbunuh kerana sampah yang dibuang di laut oleh orang yang tidak bertanggun­gjawab.

Dia juga baru-baru ini dipilih oleh Kumpulan Sunway sebagai salah seorang daripada 10 hero hidupan liar (WildLife Heroes) di mana dia menyumbang­kan idea dan cadangan mengenai kepentinga­n kehidupan liar dan alam semulajadi.

Sejak Mac 2017, dengan bantuan, sokongan dan sumbangan ramai orang sejauh Sweden, Iszuddin telah mengumpul sebanyak RM2,650 dan menyumbang kepada empat santuari penyu yang terletak di Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan dan Sabah.

Untuk maklumat lanjut mengenai perjalanan Iszuddin boleh mengikutin­ya di Intagram: Iszuddin atau halaman rasmi Facebook: Save Sea Animals From Extinction.

Untuk rekod, Rantau Abang di Terengganu suatu masa dahulu mempunyai populasi terbesar penyu bertelur di dunia iaitu 10,000 sarang setahun. Bagaimanap­un, kini populasi itu menurun secara mendadak berikutan pencemaran alam sekitar dan telurnya yang dimakan oleh manusia dan kali terakhir penyu belimbing mendarat di Terengganu ialah pada 1993.

Pada 1980, kira-kira 110,000 penyu belimbing direkodkan tetapi sejak 30 tahun lepas, bilangan itu mencatatka­n penurunan iaitu kurang daripada 2,000 penyu belimbing betina dewasa, menjadikan haiwan itu spesies penyu paling terancam di dunia.

Untuk rekod juga, Taman Pemulihara­an Walai Penyu Pulau Libaran, Sandakan merekodkan sebanyak 29,419 anak penyu dilepaskan ke laut sepanjang tujuh tahun beroperasi sejak 2011.

Daripada jumlah itu, anak penyu hijau yang dilepaskan sejak 2011 hingga 2017 adalah sebanyak 20,903 ekor manakala rekod anak penyu sisik yang dilepaskan ialah 8,516 ekor.

Ia adalah satu rekod pencapaian yang terbaik dalam usaha memastikan kesinambun­gan kehidupan dua jenis habitat penyu mendarat di Pulau Libaran.

 ??  ?? ISZUDDIN menyampaik­an cek kepada Alexander.
ISZUDDIN menyampaik­an cek kepada Alexander.
 ??  ?? ALEXANDER melihat baju T yang dijual oleh Iszuddin.
ALEXANDER melihat baju T yang dijual oleh Iszuddin.
 ??  ?? ANAK penyu hijau yang menetas di Taman Pemulihara­an Walai Penyu Pulau Libaran.
ANAK penyu hijau yang menetas di Taman Pemulihara­an Walai Penyu Pulau Libaran.
 ??  ?? TAMAN Pemulihara­an Walai Penyu Pulau Libaran.
TAMAN Pemulihara­an Walai Penyu Pulau Libaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia