Utusan Borneo (Sabah)

72 penduduk terima sumbangan barangan keperluan

- Oleh DELLROY

SERAMAI 72 penduduk kampung masing-masing menerima sumbangan berupa barangan keperluan dan kerusi roda di Kg Baru Jumpa, kawasan Parlimen Tenom.

Naib Ketua Bahagian Umno Tenom Juli Malik Hussin berkata, sumbangan atas inisiatif Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi itu adalah untuk membantu meringanka­n beban penduduk yang memerlukan di daerah ini.

“Atas inisiatif ini, program seperti ini kita laksanakan untuk mendekati penduduk dan memberikan mereka sumbangan atau bantuan yang sepatutnya tanpa mengira agama, bangsa dan budaya.

“Inilah yang dihasratka­n oleh kerajaan menerusi Parti Barisan Nasional (BN) yang sentiasa mendahuluk­an kebajikan dan keperluan rakyat terutamany­a penduduk di kawasan luar bandar,” katanya ketika berucap pada Program Dekat Di Hati Anak Malaysia di Kg Baru Jumpa, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, program itu dilaksanak­an bukannya bermusim malah telah dilakukan beberapa kali dan sudah melibatkan beberapa kampung di daerah Tenom.

“Kita akan terus bekerja dan memastikan supaya BN akan dipertahan­kan pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Kita mengharapk­an agar masyarakat khususnya penduduk daerah Tenom terus memberikan sokongan kepada kerajaan BN yang ternyata banyak membantu rakyat berbanding pihak pembangkan­g,” katanya.

 ??  ?? JULI (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima sumbangan di Kg Baru Jumpa.
JULI (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima sumbangan di Kg Baru Jumpa.
 ??  ?? JULI (tengah), Ampalang dan ahli jawatankua­sa Umno Bahagian Tenom bersama penduduk kampung merakamkan kenangan pada program itu.
JULI (tengah), Ampalang dan ahli jawatankua­sa Umno Bahagian Tenom bersama penduduk kampung merakamkan kenangan pada program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia