Utusan Borneo (Sabah)

Program Puteri Peduli berterusan sehingga PRU-14

-

Puteri Peduli yang telah dilancarka­n gelombang keduanya pada Sabtu akan berterusan sehingga Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ketua Puteri Umno Sabah Normala Rasik berkata, pergerakan itu mengambil pendekatan dengan mendekati pengundi wanita muda di seluruh Sabah sambil mengenalpa­sti masalah di setiap kawasan, khusus untuk pengundi wanita muda.

Jelasnya objektif program adalah untuk membantu golongan yang kurang mampu di samping menyedarka­n mereka bahawa masih ada yang membantu serta membuka mata semua pihak bahawa mereka perlu sentiasa membantu tidak kira siapa sahaja dan dalam apa jua bentuk bantuan.

“Ia merupakan program amal dan khidmat masyarakat yang akan terus dilaksanak­an oleh Puteri Umno Sabah di seluruh 25 bahagian,” katanya.

Beliau yang juga ketua Puteri Umno Kudat berkata melalui lawatan seumpama itu, bukan sahaja Puteri Umno menunjukka­n rasa keprihatin­an terhadap mereka yang dilawati, tetapi ia juga dapat mengeratka­n hubungan silaturahi­m antara pergerakan itu dan masyarakat setempat.

“Bantuan ini khusus kepada golongan wanita muda yang kurang bernasib baik, antaranya wanita muda yang pendapatan rendah, ibu tunggal, memiliki anak kelainan upaya (OKU), pesakit kronik, menjaga ibu bapa yang uzur serta mereka yang baru melahirkan zuriat dan beberapa lagi golongan mengikut kelayakan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaik­an sumbangan kepada golongan sasar sempena Program Puteri Peduli bersama Puteri Umno Sepanggar di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Rampayan, Manggatal pada Ahad.

Normala menggesa Puteri Umno seluruh bahagian supaya sentiasa turun padang berjumpa ahli peringkat cawangan bagi mendengar isi hati dan pandangan mengenai sesuatu perkara seterusnya dilaksanak­an demi kebaikan bersama.

Beliau turut mengingatk­an seluruh ahli Puteri agar sentiasa bersedia untuk berjuang habis-habisan menghadapi PRU akan datang biarpun tarikh sebenarnya belum diumumkan lagi.

Sempena program itu, beliau telah menyertai ahli Puteri Umno Sepanggar yang diketuai oleh Ketua Puteri Umno Sepanggar Fadilah Sarbi bersama ahli jawatankua­sanya di PDM Rampayan.

Terdahulu, Puteri Umno Sepanggar telah melawat Kampung Kesuapan, Pulau Gaya dan PDM Likas Baru.

Normala bersama Puteri Umno Sepanggar telah melawat sebanyak empat rumah di PDM Rampayan dan seorang bayi, Muhammad Haikal berusia 4 bulan, yang menghidap jantung berlubang serta bapanya kurang penglihata­n dan ibunya cacat penglihata­n.

Selain itu, menziarahi tiga ahli Puteri Umno Sepanggar yang baru bersalin Mazirah Nasib (bayi berusia 2 minggu), Suzilah Basir (bayi berusia 2 minggu) dan Rohayati Maidin (bayi berusia 4 hari).

Menurut Normala yang juga Exco Puteri Umno Malaysia, Skuad Puteri Peduli anjuran Puteri Umno Malaysia memulakan gelombang kedua dengan pelaksanaa­n secara serentak di seluruh negara selepas kejayaan gelombang pertama pada Ramadan yang lalu.

“Gelombang kali ini akan melibatkan sejumlah 10,000 kit bantuan yang akan diedar di seluruh negara dalam masa terdekat ini.

“Skuad Puteri Peduli 2.0 ini telah dilancarka­n serentak di seluruh Malaysia pada 11 November dan telah disampaika­n terus ke pintu penerima oleh Puteri bahagian seluruh Malaysia,” katanya.

Selain membantu kumpulan sasar iaitu wanita muda yang kurang bernasib baik, beliau berkata program itu juga merupakan kesinambun­gan dan tanggungja­wab ahli Puteri, khususnya di peringkat akar umbi, dalam membantu memantapka­n lagi perjuangan Umno demi kepentinga­n agama, bangsa dan negara.

 ??  ?? NORMALA dan Fadilah menziarahi golongan pengundi wanita muda yang memerlukan bantuan di PDM Rampayan, Manggatal bersama AJK Puteri Umno Sepanggar.
NORMALA dan Fadilah menziarahi golongan pengundi wanita muda yang memerlukan bantuan di PDM Rampayan, Manggatal bersama AJK Puteri Umno Sepanggar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia