Cuba masuk secara haram, 18 warga Filipina ditahan

18 warga Filipina ditahan PPM Sandakan dalam dua operasi berasingan

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Seramai 18 warga Filipina yang cuba memasuki negara ini secara haram ditahan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan dalam dua operasi berasingan di sini.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohd Yazib Abd Aziz berkata kesemua migran ditahan pihaknya semasa menjalankan tugas Ops Pensura Khas pada petang dan malam Ahad.

Dalam serbuan kira-kira jam 11.50 malam, seramai 11 lelaki dan seorang wanita dipercayai migran asing dicekup ketika sedang tidur di ruang tamu di perkampungan setinggan atas air, Batu 2 di sini.

Beliau berkata kesemua suspek berumur antara 21 hingga 47 tahun yang merupakan warga Filipina dipercayai baru tiba di daerah ini dan tidak memiliki sebarang keterangan diri.

“Semasa serbuan dilakukan kelihatan beberapa orang yang sedang duduk di ruang beranda rumah berjaya melarikan diri setelah menyedari kehadiran polis.

“Pasukan serbuan kemudian memperkenalkan diri sebagai polis dan memasuki rumah berkenaan, mendapati seramai 11 lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa disyaki migran sedang tidur di ruang tamu,” katanya.

Beliau berkata hasil pemeriksaan, semua migran didapati tidak memiliki sebarang keterangan diri dan dipercayai migran yang baru mendarat dari negara jiran Filipina dan menjadikan rumah terbabit sebagai transit

“Siasatan awa l ke atas semua migran yang ditangkap mendedahkan kesemua mereka menaiki kapal kumpit dari Zamboanga, F i l ipina menuju ke Filipina.” Pulau Taganak, ASISTEN KOMISIONER MOHD YAZIB ABD AZIZ Komander PPM Wilayah 4 Sabah

sementara.

Katanya pemeriksaan lanjut turut menjumpai 11 beg pakaian migran terbabit, dan kesemua migran ditahan kerana disyaki terlibat kes penyeludupan migran.

“Siasatan awal ke atas semua migran yang ditangkap mendedahkankesemuamereka menaiki kapal kumpit dari Zamboanga, Filipina menuju ke Pulau Taganak, Filipina.

“Setelah kesemua migran sampai dan mendarat di Pulau Taganak Filipina, migran akan menunggu bot laju yang akan membawa mereka memasuki Sandakan,” katanya.

Sementara dalam operasi sama pada jam 2.30 petang, pihaknya menahan enam wanita warga Filipina berumur 20 hingga 33 tahun di kawasan perairan laut Tinosa Batu 7, di sini.

Ketika operasi itu, Unit RisikanMarindengankekuatan empat anggota PPM Sandakan mengejar sebuah bot laju yang mencurigakan menuju ke Sungai Tinosa 1, Batu 7.

“Semasa dikejar, bot laju terbabit memasuki Sungai Baru, Batu 7 di mana ia hilang kawalan lalu terkandas di kawasan bakau tepi sungai berkenaan. Tekong bertindak terjun dari bot laju lalu melarikan diri ke dalam hutan bakau dan tidak dapat dikesan,” katanya.

Yazib berkata bot laju berkenaan berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan terdapat penumpang seramai enam wanita dewasa disyaki dari negara jiran Filipina.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati tiga penumpang tidak mempunyai pengenalan diri yang sah manakala tiga lagi mempunyai pasport Filipina kosong dan tiada cop kemasukan daripada Jabatan Imigresen.

“Siasatan awal ke atas semua penumpang mendedahkan kesemua mereka menaiki bot tempel dari Isabella, Basilan Filipina menuju ke perairan sempadan Filipina-Malaysia, kemudian menunggu bot laju yang akan membawa mereka memasuki Sandakan,” katanya.

Menurut Yazib, bagi keduadua kes berkenaan, kesemua migran tidak membuat sebarang pembayaran atau tambang sepanjang perjalanan mereka. Hasil siasatan awal juga mendapati kesemua migran dijanjikan pekerjaan di Sabah.

Beliau berkata semua migran dibawa dan ditahan di Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan selanjutnya, dan disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

POLIS marin memeriksa 12 migran yang ditahan di perkampungan setinggan atas air, Batu 2.

ENAM wanita warga Filipina yang ditahan di perairan laut Tinosa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.