Pecah amanah: Bekas guru kekal dipenjara

Pecah amanah wang KWAPM berjumlah RM4,250

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Seorang bekas guru kekal dikenakan penjara dua tahun, selepas rayuannya terhadap hukuman diketepikan Mahkamah Rayuan di sini, atas kesalahan melakukan pecah amanah.

Hakim Datuk David Wong Dak Wah, Dato’ Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Yeoh Wee Siam membuat keputusan itu terhadap Othman@Awang Hj Abdul Wahid, 57, yang diwakili peguam Hamid Ismail.

Penghakiman berkenaan dibuat setelah korum hakim mendengar hujah daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Mahkamah mengetepikan sabitan dan hukuman untuk pertuduhan alternatif, namun mengekalkan hukuman dan sabitan untuk pertuduhan utama.

Mengikut pertuduhan, tertuduhsebagaigurupenolong kanan hal ehwal murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Tuaran, diamanahkan peruntukan wang bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) tahun 2008, melakukan pecah amanah sebanyak RM4,250 antara Mac 2008 hingga Mac 2009 di sekolah berkenaan.

Perayu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara antara dua tahun hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan atau denda.

Bagi pertuduhan alternatif, pada Mac 2008 hingga Mac 2009 di tempat sama, perayu menggunakan wang KWAPM bagi tahun 2008 berjumlah RM4,250.

Untuk itu, perayu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan memperuntuk hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun, serta boleh dikenakan sebat atau denda.

Pada 21 Mac 2014, Othman didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen dan dikenakan penjara dua tahun bagi pertuduhan utama, manakala bagi pertuduhan alternatif dikenakan penjara enam bulan.

Bagaimanapun mahkamah memerintahkan perayu menjalanikedua-duahukuman berkenaan serentak.

Di Kuala Lumpur, garagara mencuri kasut di sebuah masjid, seorang penganggur didenda RM1,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret pada Selasa.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Syamin Fikri Salehudin, 28, selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri sepasang kasut milik Tengku Ahmad Sufian Tengku Ibrahim, yang bekerja sendiri.

Lelaki itu melakukan perbuatan tersebut di Masjid Amru Ibnu Al-As, Sentul, di sini pada 8.30 malam, 13 Nov lepas mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau keduaduanya.

Sekiranya kesalahan kali kedua atau seterusnya boleh dikenakan penjara dan denda atau sebat.

Ketika rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana itu merupakan kesalahan pertamanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Adilah Noordin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh.

Mahkamah mengetepikan sabitan dan hukuman untuk pertuduhan alternatif, namun mengekalkan hukuman dan sabitan ” untuk pertuduhan utama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.