Program pencegahan jenayah tingkat kualiti hidup

Program pencegahan jenayah tingkat kualiti hidup

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - NIZAM bersama jawatankuasa penganjur selepas acara itu. Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Program pencegahan jenayah dan gejala sosial dilihat mampu meningkatkan kualiti hidup rakyat khususnya belia di negeri ini.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata melalui program itu, ia dapat memberi kesedaran tentang gejala sosial yang boleh menjejaskan masa depan generasi muda hari ini.

“Justeru, perancangan yang baik dan strategi yang betul bukan sahaja dapat mencegah jenayah tetapi juga meningkatkan keselamatan masyarakat sekali gus menyumbang kepada pembangunan mampan negara pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Pencegahan Jenayah dan Gejala Sosial serta peranan Pemadam Tawau di Kampung Kongsi 8, di sini.

Menurutnya, semua pihak perlu bertanggungjawab dalam menangani gejala sosial tanpa menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa.

“Tanggungjawab perlu dipikul semua pihak termasuk ibu bapa, ketua kampung, pihak sekolah dan penduduk kampung khususnya dalam kita menangani masalah ini,” katanya.

Nizam berkata, masalah gejala sosial seperti penagihan dadah juga berkait rapat dengan keharmonian serta

“Tanggungjawab perlu dipikul semua pihak termasuk ibu bapa, ketua kampung, pihak sekolah dan penduduk kampung khususnya ” dalam kita menangani masalah ini.

DATUK NIZAM ABU BAKAR TITINGAN Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri

kedamaian sejagat kerana banyak masalah jenayah juga berpunca daripada penagihan dadah.

Sehubungan itu, beliau menyambut baik penganjuran program seumpama itu yang diharap akan meningkatkan kesedaran tanggungjawab semua pihak dalam menangani masalah itu.

NIZAM menyampaikan cenderahati kepada peserta program daripada pihak polis Tawau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.