Dadah bernilai RM70,000 dirampas

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Polis menahan dua lelaki disyaki memiliki dadah seberat 1.05 kilogram bernilai RM70,000 di kawasan Jalan Sukau, malam Jumaat.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata kedua-dua suspek berumur 17 dan 23 tahun ditahan kira-kira jam 9 malam hasil intipan dan pemerhatian.

Beliau berkata sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sandakan menjalankan intipan dan pemerhatian di kawasan Jalan Sukau.

“Ketika pemerhatian, anggota JSJN terserempak sebuah kenderaan Toyota Hilux berwarna putih berada di tepi jalan berkenaan yang dinaiki dua lelaki.

“Pihak polis kemudian bertindak menyerbu dan menahan kenderaan itu bersama kedua-dua lelaki terbabit,” katanya.

Azhar berkata hasil pemeriksaan dalam kenderaan suspek menjumpai ketulan hablur disyaki dadah jenis methamphetamine (syabu).

Katanya hasil pemeriksaan air kencing ke atas kedua-dua suspek berasal dari Tawau itu, mendapati positif dadah jenis syabu.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan syabas dan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga tertangkapnya kedua-dua pengedar dadah terbabit.

Beliauberkatakesberkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

AZHAR (dua kiri) bersama pegawainya menunjukkan dadah yang dirampas daripada kedua-dua suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.