Lelaki cedera tergelincir diselamatkan

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Keningau berjaya menyelamatkan seorang lelaki tempatan yang mengalami kecederaan patah kaki selepas tergelincir semasa menjala ikan di sebatang sungai di Ulu Pangas ApinApin di sini, pada Ahad.

Ketua Balai Bomba Jabatan BombadanPenyelamatDaerah Mudi Pangiran berkata, pihak jabatan itu telah menerima panggilan pada jam 4.50 pagi Ahad yang menyatakan mangsa patah kaki di Ulu Pangas semasa menjala ikan.

Katanya, bertindak atas maklumat itu, seramai sepuluh anggota bomba dan 26 penduduk kampung telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada hari yang sama.

“Perjalanan mengambil masa tiga jam berjalan kaki untuk sampai ke lokasi yang berbukit, curam, hutan tebal ditambah lagi dengan hujan lebat.

“Mangsa Zaidi Sius, 41, bersama empat rakannya telah pergi mencari ikan di Sungai Ulu Pangas,” katanya.

Mudi berkata, rakan-rakan mangsa telah membantu merawat mangsa dengan mengikat di bahagian kaki kiri yang patah sebelum pihak bomba tiba di lokasi itu.

Katanya, usaha membawa mangsa menggunakan usungan sedikit perlahan disebabkan keadaan geografi dan hujan lebat.

Pada hari pertama, mangsa dibawa keluar dari kawasan itu pada jam 2 petang dan tiba di parkir kenderaan kira-kira jam 12.30 petang pada hari ketiga (Selasa).

“Kawasan tempat kejadian itu juga tidak ada liputan telekomunikasi,” katanya.

Tambahnya, mangsa telah dibawa ke hospital kira-kira jam 2.30 petang Selasa oleh ambulan Hospital Keningau dan keadaan mangsa adalah stabil.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.