Laluan terowong Sepanggar kini dibuka

Utusan Borneo (Sabah) - - Muka Depan - Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Laluan terowong jalan raya berkembar pertamasejauh600meterdisini menghubungkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Pelabuhan Sepanggar kini dibuka.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, pembukaan terowong itu sudah pasti merancakkan lagi kegiatan ekonomi di negeri ini khususnya dalam sektor pembuatan, perkilangan, perkhidmatan logistik serta sokongan kepada operasi eksport dan import.

“Terowong Sepanggar yang turut menghubungkan kawasan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan Pelabuhan Kontena Sepanggar ini berupaya menjadikan KKIP serta pelabuhan ini lebih berdaya saing.

“Kemudahan ini pasti dapat memendekkan lagi jarak perjalanan penghantaran barangan ke Pelabuhan Sepanggar sekaligus mempercepatkan operasi serta pergerakan kontena selaras rancangan membesarkan pelabuhan ini,” katanya pada perasmian pembukaan Terowong Sepanggar Kota Kinabalu, di sini pada Selasa.

Teks ucapannya disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Musa berkata kini sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) juga mampu menjimatkan masa serta kos perjalanan seterusnya mewujudkan persekitaran ekonomi yang lebih kondusif.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa mengambil berat kepesatan pembangunan di kawasan Sepanggar.

“Kita sedang memperhebatkan usaha dengan menggalakkan pelaburan ke kawasan ini kerana kedudukannya yang strategik dan persekitaran sesuai untuk pembangunan industri berat.

“Saya percaya infrastruktur ini akan menjana pertumbuhan sosio ekonomi tempatan dengan pembukaan kawasan baharu di sekitarnya,” katanya.

Menurutnya, Sepanggar sedang mengalami proses modenisasi yang tentunya memerlukan kemudahan infrastruktur jalan raya yang efisien untuk menampung pertambahan trafik di kawasan itu.

Masih banyak program bagi tujuan peningkatan jalan akan dilaksanakan bagi menyokong pembangunan di kawasan Sepanggar.

“Kerajaan negeri dan Persekutuan akan terus bekerjasama untuk menambah baik serta meningkatkan lagi kecekapan infrastruktur perhubungan di seluruh negeri.

“Kita juga akan membesarkan laluan Universiti Malaysia SabahSulaman untuk menampung pertambahan trafik melalui pembiayaan daripada kerajaan Persekutuan,” katanya.

PAIRIN (empat kiri) menyempurnakan gimik perasmian sambil diperhatikan oleh Menteri Tugas-Tugas Khas Datuk Seri Panglima Teo Chee Kang(kiri), Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun (dua kiri), Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid (tiga kanan) serta tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.